Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.da] | بلادا

Definisi : lagu atau puisi yg panjang yg mengisahkan sebuah cerita, mempunyai baris yg diulang di hujung setiap rangkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balada


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah nama bagi puisi banyak rangkap?Salam. Nama puisi banyak rangkap ialah puisi balada. Bagi pantun banyak rangkap pula dinamakan pantun berkait. Sekian dan wassalam.Lain-lain26.11.2009
salam tuan, Kenduri Bahasa Tahun 2010 akan diadakan pada 28 OKT 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Mendeklamasikan sajak bertemakan Bahasa Jiwa Bangsa. masalah saya ialah mencari sajak balada yang hendak dideklamasikan pada hari berkenaan. Mohon kerjasama tuan.

Waalaikumusalam wbk. Sdr. boleh mendapatkan (merujuk/meminjam/membeli) buku antologi sajak yang bertemakan "Bahasa Jiwa Bangsa" sama ada melalui perpustakaan negeri/Perpustakaa Negara Malaysia/perpustakaan DBP (Pusat Dokumentasi Melayu) Ibu Pejabat/DBP Wilayah (Utara, Timur atau Selatan)/kedai-kedai buku yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. Sajak atau puisi yang bertemakan di atas boleh juga dirujuk melalui majalah terbitan DBP iaitu Dewan Sastera, Dewan Masyarakat atau Pelita Bahasa.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam.    

Lain-lain16.10.2010
apakah yang dimaksudkan dengan lirik?

Lirik pada umumnya merupakan segala bentuk puisi ynag diakui oleh kebanyakan penyair sebagai yang mempunyai unsur-unsur (antara lainya) subjektiviti, imaginasi, melodi dan emosi; dan berdasarkan unsur-unsur tersebut, lirik lebih merupakan suatu gaya penulisan puisi - bukan suatu bentuk puisi.

Dalam perkembangan penulisnya, pelbagai jenis pengucapan yang berunsur lirik telah dapat dikenal. Sebagai contoh: soneta, oda, balada dan  elegi adalah antara beberapa variasi pengucapan lirik yang berlainan dilihat dari sudut bentuk, persoalan dan mood. Kadang-kadang lirik dicipta untuk dinyanyikan, lantaran bentuknya yang penuh berirama, bermelodi dan mengandungi unsur-unsur emosi penyair atau penciptanya.  

Sekian dan salam.    

Lain-lain16.04.2009

Kembali ke atas