Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong;membalak menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dll);terbalak-balak Pr terapung-apung (di atas air);pembalakan kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu;pembalak orang yg mengusahakan pembalakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg telah dipotong dahan-dahan serta perdunya; batang kayu yg besar. membalak bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. pembalakan usaha atau kerja-kerja membalak. pembalak orang yg kerjanya membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balak

Peribahasa

Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Hutan rimba sudah diredah, Ada balak orang yang punya; Kalau berkawan penagih dadah, Tidak menagih terkena jarumnya.Pantun Melayu SarawakNasihat
Adapun niat yang diniatkan, Musibah jangan menjadi balak; Adapun adat yang diadatkan, Dirubah jangan menyalahi syarak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Jika dayung tidak kuat, Dibawa belayar tidak berguna; Jika kampung tidak beradat, Celakanya besar balak menimpa.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kata tua kata merendah, Walau merendah pantang diinjak; Hina bangsa kerana serakah, Kalau serakah datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu menentang badai, Ditimpa badai pantang mengelak; Adat Melayu pantang bertikai, Bila bertikai datanglah balak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau berjaja piring mangkuk, Lambat menyusun kena pijak; Kalau bekerja sering merajuk, Lambat-laun ditimpa balak.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas