Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg sudah dipotong;membalak menghasilkan kayu balak (menebang pokok besar, memotong dahan-dahannya, dll);terbalak-balak Pr terapung-apung (di atas air);pembalakan kerja-kerja (usaha) membalak: beliau dipercayai menghasut kaum Penan supaya menentang kerajaan tentang operasi ~ yg dijalankan di kawasan kaum Penan itu;pembalak orang yg mengusahakan pembalakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la/] | بالق

Definisi : batang pokok-pokok besar yg telah dipotong dahan-dahan serta perdunya; batang kayu yg besar. membalak bekerja menghasilkan balak di kawasan-kawasan tertentu. pembalakan usaha atau kerja-kerja membalak. pembalak orang yg kerjanya membalak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balak

Peribahasa

Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).

Bermaksud :

Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cribbinganduh balakPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1.Rakit balak, sebahagian daripada rakit balak, atau bum kayu balak. 2. Kayu balak pendek yang digunakan untuk membuat kabin kayu atau digunakan bersama dengan batu sebagai asas untuk menyokong struktur jambatan.
veneer corekor balak kupasanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian tengah balak kupasan yang berbentuk silinder yang tertinggal selepas selesainya proses pengupasan balak. Kor balak kupasan boleh digunakan untuk menghasilkan papan pembungkus, papan cantum, dan jaluran kayu kecil. Sin: kor venir
grading ruleperaturan penggredanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMaklumat yang menjelaskan tentang beberapa gred kayu dan hasil kayu, dan cara menentukan gred tersebut. Kebanyakan negara pengeksport kayu telah menyediakan peraturan penggredan untuk balak, balak segi, dan kayu gergaji untuk tujuan perdagangan. Misalnya, Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia digunakan untuk mengred kayu gergaji.
log boatbentang balakPerhutananPengurusan HutanAlas kayu yang digunakan untuk menggolekkan atau mengheret balak dari tapak tebangan ke matau atau tempat longgokan balak. kuda-kuda, bot balak.
log scaleskalaPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu pengukur khas untuk mengukur garis pusat dan panjang kayu balak mengikut jadual balak tertentu. 2. Satu sistem pengukuran kayu bulat. 3. Jumlah kayu gergaji yang dapat dihasilkan daripada pemprosesan balak mengikut anggaran jadual balak tertentu.
blockbungkah kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil Hutan1. Kayu balak atau balak segi yang pendek berukuran antara 300 mm hingga 2500 mm, yang boleh digunakan untuk menghasilkan barangan seperti mancis dan viner melalui proses kupasan. 2. Kayu pejal yang biasanya bulat ynag digunakan sebagai alas untuk memotong ikan atau daging.
kneepenyandarPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBahagian pencengkam balak pada penghulur balak yang mempunyai paku siung untuk memegang kayu balak ketika dipotong. Bahagian ini juga menyokong tuil yang digunakan untuk mengendalikan pencengkam dan set tirus.
clear logbalak bersihPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanBatang balak tidak mempunyai dahan atau cacat yang nyata seperti buku kayu. Balak seperti ini mudah diperolehi daripada kayu balak tropika seperti meranti dan keruing.
log loadingpemuatan balakPerhutananTiadaMeletakkan balak di atas kenderaan pengankut balak.
log marktanda balakPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanda yang jelas, yang dibuat pada sisi atau hujung kayu balak untuk menyatakan gred, sumber atau pemiliknya. Tanda ini juga digunakan untuk menyatakan spesies balak, ukuran panjang dan garis pusat balak tersebut.
12345678910...

Kembali ke atas