Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.pan] | بالڤ

Definisi : 1. pacuan, perlumbaan; 2. padang perlumbaan, gelanggang pacuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.pan] | بالڤ

Definisi : 1 peraduan kecepatan; perlumbaan. 2 tempat berlumba (beradu cepat). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Pada balapan perlumbaan bagi acara pecut atau larian, terdapat dua bahagian balapan lurus yang dikenal sebagai "home straight" dan "back straight". Saya ingin tahu apakah padanan bahasa Melayu bagi dua istilah tersebut? Sekian, terima kasih.Dalam data kami, tiada padanan bahasa Melayu bagi perkataan back straight dan home straight. Kami akan mengemukakan istilah ini ke jawatankuasa istilah untuk mencari padanan bahasa Melayu yang tepat.Istilah18.10.2013
Salam, saya ingin tahu adakah terjemahan bahasa Melayu berikut, "Atlet Balapan", sesuai untuk padanan bahasa Inggeris, "Track Athlete". Terima kasihUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk track athlete. Walau bagaimanapun, istilah bahasa Melayu untuk track ialah balapan dan istilah bahasa Melayu untuk athlete ialah atlet.  Oleh itu, istilah atlet balapan adalah betul dan boleh digunakan.Istilah08.10.2012

Kembali ke atas