Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.san] | بالسن

Definisi : ark balsam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ELISIUM

Elisium dalam mitologi Yunani dan Rom ialah

tempat roh para wira diabadikan sebagai balasan

selepas kematian kerana kebaikan dan keperwiraan

mereka semasa hidup.

UMUM 
NARCISSUS

Narcissus, dalam mitos Yunani ialah seorang

pemuda kacak yang cuba dipikat oleh ramai

wanita. Walau bagaimanapun, dia dengan angkuh

menolak mereka semua, termasuklah dewi Echo.

Sebagai balasan terhadap kekejamannya itu, dewa-

dewa menghukum Narcissus supaya merenung

ketampanannya itu pada bayang-bayangnya dalam

kolam di Gunung Helicon di Greece. Hari demi hari

dia berbaring di tepi kolam, merenung dengan

kasih pada bayangannya sehingga dia semakin

kurus dan mati. Apabila pasukan pencari keluar

untuk mencarinya, mereka hanya menjumpai

sekuntum bunga, yang kini dipanggil narcissus.

Echo juga semakin kurus kerana cintanya terhadap

Narcissus dan akhirnya dia bertukar menjadi suara

di dalam hutan. Versi terbaik Narcissus terdapat

dalam Metamorphoses, iaitu koleksi cerita-cerita

dongeng oleh penyair Roman, yang bernama Ovid.

UMUM 
PERUNTUKAN DIRAJA

Peruntukan Diraja ialah akaun kewangan

negara yang membiayai perbelanjaan

pemerintahan beraja dan keluarga diraja di United

Kingdom. Jumlahnya telah ditetapkan oleh

Parlimen pada setiap permulaan raja memerintah.

Sebagai balasan, exchequer menerima bayaran

cukai tahunan daripada sebahagian tanah yang

dimiliki oleh raja tersebut. Di bawah Akta

Peruntukan Diraja 1975, perbendaharaan boleh

menambahkan jumlah pembiayaan setiap tahun

untuk menampung kos yang semakin meningkat.

UMUM 
NEMESIS

Nemesis ialah dewi yang dianggap kurang

penting dalam mitos Yunani. Dewi Nemesis ialah

lambang kepada semangat membalas dendam.

Nemesis memastikan bahawa sesiapa yang

melakukan kesalahan tidak akan terlepas daripada

hukuman. Sebagai dewi yang membalas perbuatan

jahat, dia ialah alat kepada keadilan. Hari ini,

perkataan nemesis bermaksud balasan, atau alat

kepada pembalasan.

UMUM 
NUMIDIA

Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada

zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini.

Numidia bersekutu dengan Carthage yang

berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua

antara Carthage dengan Rom yang bermula pada

tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum

Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius

Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana

menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi

ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh

Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada

tahun berikutnya, orang Numidia membantu

Scipio mengalahkan orang Carthage, yang

diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di

utara Afrika.

UMUM 
SURAH AL-BALAD

Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat.

Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia

disebut di permulaan surah ini.

Surah ini menekankan pemantapan akidah dan

iman dengan penumpuan kepada kepercayaan

kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta

perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan

dengan orang yang melakukan kejahatan.

UMUM 
SOUTH SEA BUBBLE

South Sea Bubble ialah bencana kewangan

yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun

1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan

pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan

dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan

memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan

memberi rasuah kepada beberapa orang ahli

parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup

mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi

menyebabkan harga saham melambung naik dari

100 paun ke-1000 paun.

UMUM 
HARAM

Haram, sesuatu yang ditegah oleh syarak dengan tegahan yang pasti. Seseorang yang melakukan perkara yang diharamkan adalah berdosa dan akan menerima balasan daripada Allah SWT berupa azab di akhirat kelak.

AGAMAKonsep
PERJANJIAN BELANDA-JOHOR

PERJANJIAN BELANDA-JOHOR (1639), kontrak yang ditandatangani oleh Laksamana Johor, bagi pihak sultan, dengan Philips Lucasz, iaitu pegawai Syarikat Hindia Timur Belanda di Patani.  Dalam kontrak ini, Johor berjanji akan membantu orang Belanda menyerang Portugis di Melaka.  Sebagai balasan, Belanda bersetuju menolong kerajaan Johor membina kota di Batu Sawar (di Sungai Johor) dan melindungi Johor daripada orang Aceh dan Portugis.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas