Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.la.san] | بالسن

Definisi : ark balsam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1. jawaban: berulang-ulang dia berkirim surat tetapi tidak ada ~; 2. tanda terima kasih (atas kebaikan yg telah diterima), sesuatu (kebaikan dsb) yg dilakukan atau diberikan sbg membalas (perbuatan dsb seseorang): rupanya begini ~ engkau terhadap ibumu; 3. ganjaran, hukuman: begitulah ~ Tuhan terhadap barang siapa yg berhati dengki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : a) jawaban; b) ganjaran, hukuman: menuntut ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.la.san] | بالسن

Definisi : 1 jawapan: Surat permohonannya itu masih belum ada ~ lagi. 2 pemberian atau perbuatan sbg membalas pemberian atau perbuatan orang kpd kita: Si Tenggang telah menerima ~nya kerana ia menderhaka kpd ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balasan

Puisi
 

Hari petang nampaknya teduh,
     Orang berjalan sebelah kiri;
Pokok ditanam kalau tumbuh,
     Harapkan buah balasan budi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ada ubi ada batas,
     ada masa boleh balas.

Bermaksud :

Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga. (Peribahasa lain yang sama makna: Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
‘aqd tabarru‘akad tabarukPerniagaan IslamTiadaAkad yang dilakukan antara dua pihak secara ihsan dan tanpa mengharapkan balasan. Contohnya, akad hibah, iaitu pemilik barang mendermakan barang miliknya kepada individu untuk kebajikan atau pemilik meminjamkan barang kepada peminjam tanpa mengharapkan sebarang balasan
black and white characterwatak hitam putihKomunikasiTiadaWatak-watak yang digambarkan sebagai jahat atau baik. Perbezaan antara watak-watak ini ditunjukkan secara berbeza dan lazimnya, watak jahat akan mendapat balasan yang buruk dan watak baik akan mendapat balasan yang baik.
ujrahsewa/upahPerniagaan IslamTiadaJumlah pembayaran yang dibayar oleh satu pihak kepada pihak yang lain atas sebab sewaan atau upah. Contohnya, pembayaran sewa kepada pemilik barang sebagai balasan faedah daripada barang yang disewa atau bayaran majikan kepada pekerja sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang diberikan. Ujrah juga boleh berbentuk honorarium, elaun dan bonus.
retributionbalasan; retribusiPendidikanTiadaTiada
retributionbalasan; retribusiUndang-undangTiadaTiada
considerationpertimbangan; balasanPentadbiranTiadaTiada
considerationpertimbangan; balasanEkonomiTiadaTiada
nominal considerationbalasan nominalUndang-undangTiadaTiada
past considerationbalasan lampauUndang-undangTiadaTiada
considerationpertimbangan; balasanUndang-undangTiadaTiada
12345

Kembali ke atas