Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bal.di] | بلدي

Definisi : sj bekas bertangkai yg dibuat drpd zink atau plastik yg digunakan utk mengisi air (merendam pakaian cucian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bal.di] | بلدي

Definisi : bekas air yg dibuat drpd timah sari atau plastik dan diberi bertangkai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baldi

Puisi
 

Cedok air dengan baldi,
     Cedok nasi dengan senduk;
Baik dibawa resmi padi,
     Semakin berisi semakin tunduk.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi baldi? biji atau buahPenjodoh bilangan untuk baldi ialah "buah"Tatabahasa10.04.2016
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat.Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa20.09.2011
1.Apakah penjodoh bilangan yg sesuai untuk songkok, kopiah, pasu, dan baldi? 2. Apakah bahasa istana untuk 'rombongan'?

Saudara Razkam,

Sebagai makluman tidak semua benda memilki penjodoh bilangan. Namun untuk 'songkok, kopiah, pasu, dan baldi' penjodoh bilangan yang digunakan ialah
buah.

Untuk pertanyaan kedua, tiada maklumat bahasa istana untuk perkataan rombongan dalam sistem kami. Mohon maaf atas kesulitan tersebut.

 

Tatabahasa13.09.2012
1.saya menenangkan hati mangsa kebakaran supaya bersabar. 2. sebuah rumah dijilat api yang marak 3. sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak. ayat-ayat ini betul tak ?1. Saya menenangkan mangsa kebakaran supaya bersabar.
2. Sebuah rumah dijilat api yang marak
3 Sesetengah orang membawa baldi yang berisi air untuk memadamkan api yang marak.
Lain-lain20.07.2017
Salam. Apa padanan terjemahan paling sesuai untuk "bucket" KFC? Timba, baldi atau bakul? Ada cadangan lebih baik?Kebiasaaanya, "bucket" KFC ditulis secara italik, bucket KFC. Makna14.07.2020
Adakah ayat ini betul. Puan Nadiah Bahiyah MENJIRUS air dari dalam baldi untuk menyiram pokok bunga di halaman rumah Sekian, terima kasih.Puan Nadiah Bahiyah menjirus pokok bunga di halaman rumah. (Ayat betul)
Puan Nadiah Bahiyah menyiram pokok bunga di halaman rumah. (Ayat Betul)

Menjirus-  merujuk kepada menyiram dengan air (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tatabahasa13.08.2012
Nek Miah sedang ___air hujan menitik dari atap rumahnya yang bocor menggunakan baldi. B menadah C menampung (munsyi, apakah jawaban yang sesuai, TK.)Menadah.Tatabahasa07.03.2013
Tuan, a)Apakah jawapan paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah? 1.Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar _______ sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi. A. menggelupur B menggelegar C menggelepar D. menggeletik 2. Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan ________ keluarga mereka di kampung. A. perihal B perkara b) Apakah perbezaan penggunaan "perihal " dan "perkara"? Terima kasih.
Cadangan jawapan yang betul ialah:

1. .Beberapa ekor ikan yang berjaya disauk oleh Buar menggeletik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam baldi.

2.   Mina menulis surat kepada abangnya untuk menceritakan hal keluarga mereka di kampung.

Untuk membantu tuan/puan mendapatkan maklumat yang lebih jelas, tuan/puan  boleh menggunakan enjin carian yang telah disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP); iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan salah satu cara untuk membuat rujukan, mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari /http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari”.
Tatabahasa14.10.2020
Salam.Apakah kata bilangan untuk orang sekiranya dalam satu gambar, terdapat dua orang mengandar baldi susu getah yang berasingan? Kedua atau kedua dua. SekianFrasa yang betul ialah "kedua-dua orang..."Tatabahasa10.10.2013
Encik Saya nak tanya sama ada ayat di bawah betul dari segi tatabahasa. Saya mengangkat baldi yang berisi air.Ayat di atas betul tatabahasanya.Tokoh26.05.2015
12

Kembali ke atas