Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak tahu adat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl tiada adab, biadab, kurang sopan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balik adab


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
balik adabtidak tahu adat;Kamus Dewan Edisi Keempat
balik adabsl tiada adab, biadab, kurang sopan;Kamus Dewan Edisi Keempat
adab1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami berbual-bual juga dan masing-masing ber­cermat menjaga ~, supaya tidak berlaku lang­gar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab, kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya); beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa, bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat ke­hidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~; mengadabi beradab (bersopan, berbudi ba­hasa) terhadap orang lain, menghormati: ~nya sbg orang yg sopan; memperadabkan menjadikan beradab (ber­tamadun), memajukan tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang; peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat; berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun: dunia yg sofistikated lagi ~ ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
balik I1. kembali, pulang: budak-budak belum ~ lagi; 2. = sebalik sebelah yg lain, sebelah sana: aliran Sungai Pahang sering mengintai mesra di ~ kehijauan pepohonan; 3. songsang, berlawanan arah; bulu ~ bulu ayam yg songsang; ~ adab tidak tahu adat; ~ akas Kd kembali hidup; ~ andar balik kosong (drpd mengail dll); ~ belah a) songsang; b) Tr tidak mengikut susunan yg betul: kamu susun buku itu ~ belah betul; ~ bokong bahagian dlm menjadi di luar, songsang (baju dll); ~ gagang ki berpihak kpd lawan; ~ gelisah Kl sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; ~ jungkir (berulang kali) kepala di bawah, kaki di atas; ~ kekat arus (pasang) berubah; ~ kerak kahwin lagi dgn bekas isteri; ~ kuang kepala ke bawah (bergantung dll); ~ mazhab taklid (meninggalkan ajaran mazhab tertentu dan mengikut ajaran mazhab yg lain); ~ mata a) bermuafakat jahat (membiarkan orang berbuat jahat, pura-pura tidak tahu, dll); b) main sunglap; ~ modal mendapat modal kembali (tidak rugi dan juga tidak untung), pulang modal; ~ nama Id penukaran surat hak milik (tanah dll); ~ pongkang yg di bawah jadi di atas; ~ rujuk kahwin balik dgn isteri yg telah diceraikan; ~ sakit = ~ pais Kl jatuh sakit semula; ~ sedar siuman, sedar drpd pengsan; di ~ belakang(an) = ~ pembelakangan di belakang orang;sebalik; di ~ pd bahagian (aspek dsb) yg terselindung atau tidak begitu ketara: dlm kelucuan pemerihalan ini, jelas kpd kita mesej di ~nya; apakah motif di ~ keinginan ini?sebaliknya berlawanan dgn atau berbeza sama sekali drpd (sesuatu yg telah dikatakan atau disarankan);balik-balik bp kerap melakukan perkara yg sama: ~ dia lakukan lagi perbuatan terkutuk itu;berbalik 1. berubah arah: perkataannya ~; 2. menjadi berubah duduknya atau letaknya (yg di muka menjadi di belakang, yg di bawah menjadi di atas, dll): keretanya ~ kerana kemalangan jalan raya; 3. berpusing kembali, berpaling: ia ~ melihat isterinya; 4. kembali (ke tempat semula, ke rumah, dll): hamba hendak ~ ke Bentan; 5. ki merujuk kembali (kpd), mengarahkan (menumpukan) kembali perhatian (kpd sesuatu): cara mereka menghubungkan sastera dgn masyarakat adalah berbeza-beza, iaitu ~ kpd ideologi dan sikap masing-masing; ~ hati berubah pendirian; ~ mudik = ~ muka a) bertukar haluan (fikiran dll); b) berubah pihak, membelot;berbalik-balik selalu balik ke tempat semula, berpusing-pusing, berulang-alik;membalik 1. berbalik kembali (arahnya): bola itu ~ sesudah kena tiang; 2. menukar letaknya (menelungkup menjadi menelentang): dibaliknya pinggan itu dan nasi pun tumpahlah;membalik-balik 1. membalik berulang kali: dibalik-baliknya kertas di atas meja itu; 2. membuka-buka (buku dll): sambil bertenggong, ia ~ buku yg tebal itu; 3. berulang-ulang (memikir dll): air matanya jatuh apabila ~ bagaimana sengsara hidupnya;membaliki 1. balik kpd sesuatu (utk mengambil sesuatu, berbaik dgn isteri, dll); 2. ark melepaskan diri drpd tanggungjawab;membalikkan 1. memulangkan, mengembalikan: ia menyuruh ~ wang itu; 2. mengubah letak atau arah sesuatu kpd yg berlawanan dgn asalnya atau sebelumnya: kerja ~ semula perahu pulai itu bukanlah perkara yg sukar; 3. menyebabkan berubah (bertukar dsb) sama sekali: mengapa kau ~ hatiku dan menampal kulit babi di mukaku? 4. menghantar kembali, melantunkan: lantai, siling, dan dinding dibina drpd bahan-bahan padu dan ini akan ~ semua bunyi yg memukulnya; ~ kepala melihat ke belakang; ~ muka memalingkan muka; ~ perkataan membelitbelitkan perkataan; ~ punggung membelakangi, tidak mahu melihat;terbalik menjadi songsang, berubah sama sekali duduknya atau letaknya (yg di hadapan menjadi di belakang atau yg di atas menjadi di bawah): kereta itu ~; bajunya ~; ~ akal gila; ~ iman bertukar iman; ~ mata Id bp terlampau lama melihat; ~ niat bertukar niat;menterbalikkan menjadikan (membuat menjadi) terbalik: menggaris dgn dakwat dilakukan dgn ~ kayu pembaris; suaranya boleh ~ iman seorang lelaki;keterbalikan perihal terbalik: ~ peranan dlm perhubungan ibu bapa dgn kanakkanak boleh dicapai oleh kanak-kanak dlm situasi lakon;kebalikan sebalik drpd, sebaliknya, lawan(nya): benderanya ialah palang merah di atas tanah putih, ~ bendera Swiss; ~ peperangan dan permusuhan menjadi lebih hebat;pembalikan perihal (perbuatan dsb) membalik(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas