Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ling] | باليڠ

Definisi : batu dll yg dibubuh pd tali dan dilemparkan dgn mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala: datangnya terlalu deras spt ~;baling-baling 1. kincir angin (penunjuk arah angin dll); 2. alat yg rupanya spt kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang; ~ angin Id kipas angin; ~ di atas bukit = hati bagai ~ prb tidak tetap pendirian (hati dll);berbaling berkisar spt baling-baling;membaling 1. melempar (dgn baling); 2. melempar: gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yg dibaling oleh teruna-teruna;membalingi melempari dgn baling, melempari: ia ~ rumah lawannya dgn batu;balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;pembaling 1. alat utk membaling; 2. orang yg membaling: ia mengintip ~ batu itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ling] | باليڠ

Definisi : Pr cerpelai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ling] | باليڠ

Definisi : batu yg dilemparkan dgn menggunakan tali: Derasnya spt ~. baling-baling 1 bilah-bilah drpd kayu dll yg dpt berputar apabila ditiup angin. 2 kipas (utk menjalankan kapal terbang dll). membaling 1 membuang dgn menggunakan tali yg diayunkan di atas kepala. 2 melontar; melempar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. membalingkan menggunakan sesuatu utk membaling; melontarkan; melemparkan: Dia ~ kayu pd buah mangga. balingan hasil membaling: lontaran: Kepalanya benjol terkena ~ batu budak-budak nakal itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baling

Puisi
 

Kacip baling ke bulan,
     Bintang tidak meninggi hari;
Saya ke mari menghadap tuan,
     Tuan nak tolak ke mana lagi.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Hati bagai baling-baling.

Bermaksud :

Pendirian yang tidak tetap. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai pancang digoncang arus, b. Baling-baling di atas bukit, c. Sebagai pimping di lereng bukit, d. Seperti panji-panji ditiup angin).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BOLA BALING UMUM 
RUNDINGAN BALING

RUNDINGAN BALING,  satu rundingan antara kerajaan Perikatan dengan parti Komunis Malaya (PKM).  Rundingan ini diadakan sebagai salah satu cara untuk menamatkan keganasan komunis di Tanah Melayu.  Rundingan Baling berlangsung selama dua hari di Sekolah Kerajaan Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955.  Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra, David Marshall, Tan Cheng Lock dan Too Joo Hing.  Wakil PKM pula terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SKUASY

Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy,

sejenis permainan yang dimainkan di dalam

dewan, yang menyerupai permainan bola baling.

Namun demikian, skuasy dimainkan dengan

menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam

yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf.

Pemain akan menggunakan raket untuk memukul

bola ke empat-empat dinding gelanggang.

Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan

bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang

bermain skuasy sebagai riadah dan untuk

kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan

suatu jenis sukan tandingan yang serius dan

menyeronokkan.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
PERISTIWA MEMALI

PERISTIWA MEMALI, peristiwa berdarah yang berlaku di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah, pada bulan November 1985.  Peristiwa ini dicetuskan oleh Ibrahim Mahmood dan pengikutnya yang menggunakan agama untuk tujuan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
DIALEK MELAYU PATANIDIALEK MELAYU PATANI, dialek yang dituturkan oleh penduduk Melayu di wilayah Patani, Narathiwat dan Yala, di selatan Thailand dan dituturkan juga oleh sebilangan penduduk yang berasal dari kawasan Patani yang kini mendiami beberapa perkampungan di pedalaman Kedah dan Perak, seperti di Baling, Sik dan Larut-Matang.BAHASABahasa
JUBANG

JUBANG, cerita lipur lara Melayu.  Cerita ini  tersebar dan terkenal di negeri Kedah.  Antara penglipur lara yang pernah menuturkan  cerita ini ialah Abdullah bin Omar atau Lahuma di Kampung Belantik, Sik Kedah, dan Had bin Md. Arif di Ulu Tawar, Kedah.  Cerita tuturan mereka berjudul “Jubang Linggang’.  Manakala Abd. Rahman Derasit atau dikenal sebagai Man Jubang dan Tuk Jubang dari Baling, Kedah menamakan cerita tuturannya iaitu “Gading Jubang Dua Beradik Gading Semerah Linggang”.

SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas