Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lo/] | بالوق

Definisi : IB 1. kayu balak; 2. tanda pangkat ketenteraan; ~ not baris-baris melintang pd not muzik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lo/] | بالوق

Definisi : IB; huruf (tulisan) ~ huruf (tulisan) cap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lo/] | بالوق

Definisi : batang kayu yg telah ditarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balok

Peribahasa

Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.

Bermaksud :

Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Musim kemarau menghilirkan balok (= balak).Melakukan pekerjaan bukan pada waktunya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok.Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bulan terang paksa baik; payang ke laut, balok pun ke laut juga.Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Patah kemudi dengan (e)bamnya.Sudah tak ada harapan lagi. bam = kayu papan balok tumpuan kemudi.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya.Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, b. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, c. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa). gelegar = balok tempat memakukan lantai papan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas