Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lu] | بالو

Definisi : perempuan yg menjadi janda kerana kematian suami. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lu] | بالو

Definisi : guruh: mendayu-dayu guruh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lu] | بالو

Definisi : Pr lali, hilang perasaan, tidak peduli lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lu] | بالو

Definisi : perempuan yg suaminya sudah meninggal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balu

Puisi
 

Asam pauh asam pulasan,
     Ketika bambangan balu;
Meskipun jauh berkirim pesan,
     Pesan jangan dibuang lalu.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika istilah "balu" atau "janda" ialah untuk perempuan yang telah kematian suami, apakah pula istilah untuk lelaki yang telah kematian isteri?Duda bermaksud lelaki yang kematian isteri atau yang telah bercerai dengan isterinya.Makna15.05.2019
Jika istilah balu digunakan untuk seorang wanita yang kehilangan suami kerana kematian dan istilah yatim piatu digunakan untuk kanak - kanak yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya, adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk memerihal suami yang kehilangan isteri disebabkan kematian?Lelaki yang kematian atau yang telah bercerai dengan isterinya disebut duda.Makna05.07.2018
apakah perbezaan dari segi makna bagi janda dan balu kerana dari segi takrifan janda bermaksud wanita yg tidak bersuami cerai hidup mahupun mati. Bilakah keaadaan yang patut digunakan perkataan janda atau balu?perbezaannya jelas, wanita yang tidak bersuami lagi sama ada disebabkan perceraian atau kematian disebut janda, manakala balu khusus kepada wanita yang kematian suami. Maka perkataan janda digunakan secara umum.Makna09.07.2012
Isteri kehilangan suami dipanggil balu, suami kehilangan isteri dipanggil duda, anak kehilangan seorang daripada ibu bapanya dipanggil yatim, jika kedua - duanya, dipanggil pula yatim piatu. Adakah bahasa melayu mempunyai istilah khusus untuk menggelar ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian?Dalam pangkalan data kami, tiada gelaran khusus untuk ibu bapa yang kehilangan anak kerana kematian.Makna05.07.2018
Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.Saya ingin mencetak kad jemputan perkahwinan. Kebiasaan dalam kad akan ditulis si pulan bin si pulan & si pulan binti si pulan menjemput... Saya ada kemusykilan memandangkan ibu saya adalah seorang yang telah kematian suami. Apakah cara terbaik untuk menulis nama ibu dan arwah ayah (sebagai rujukan)? Saya bercadang menulis nama ibu (Balu kepada Allahyarham si pulan) tapi ada yang mencadangkan nama ibu (Isteri kepada Allahyarham si pulan). Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, isteri ialah perempuan yang menjadi pasangan hidup kepada lelaki; teman hidup, suri rumah. Balu pula merujuk perempuan yang suaminya sudah meninggal. Dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul ialah nama ibu (Balu kepada Allahyarham si polan).
Tatabahasa20.11.2013
Assalamualaikum. Tuan Sulaiman Kaiat. 1. Saya ingin bertanyaan berhubung penggunaan gelaran puan atau cik bagi wanita yang telah kematian suami atau yang telah diceraikan? 2. Apakah perbezaan maksud bagi wanita yang disebut janda dan balu? Terima kasih di atas maklumbalas tuan Hisham Bin Othman @ Mohd. 28.04.2019Panggilan yang rasmi ialah "puan" termasuklah bagi wanita yang belum berkahwin. Walau bagaimanapun di luar urusan rasmi kita boleh menyapa dengan gelaran yang disukai oleh penerimanya sama ada puan atau cik.
Janda ialah gelaran kepada perempuan yang pernah berkahwin dan sudah bercerai.  Manakala "balu" ialah gelaran bagi perempuan yg suaminya sudah meninggal. 
Makna28.04.2019
salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
  2. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
  3. Perahu itu terikat pada tepi jeti.
Tatabahasa21.01.2015
Intan Ds Bismillahirrahmanirrahim & Assalamualaikum wbt... Pertama, dengan lafaz setinggi kesyukuran ke hadrat ALLAH swt dengan limpah kurnianya, Saya amat berbesar hati atas penerimaan APC petang semalam, Setinggi penghargaan dan ucapan Terima Kasih kepada pihak Pengurusan APC Dewan Bahasa & Pustaka kerana mengundang saya bagi mewakilkan penghargaan atas pihak Allahyarham Eddie Norman... Merenung sejenak dan amat terharu, waktu bergerak dengan pantas, pemergian Allahyarham sudah hampir 7bulan dengan meninggalkan pahit dan manis ketika berkhidmat di DBP tapi masih lagi ada rezeki untuk saya dengan pencapaian kecermerlangan Allahyarham tahun yang lalu...Tiada kata untuk diberi , hanya sebak didada telah memenuhi hati... Tidak lupa juga, Dengan merakamkan Setinggi ucapan Terima Kasih kepada semua staff Bhg.Pusat Dokumentasi Melayu kerana telah bekerjasama dan memberi tunjuk ajar kepada Allahyarham selama beliau berkhidmat...saya amat hargai pengorbanan kamu semua.. it... dan terima kasih juga pada staff yang lain yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham... Dengan kata-kata itu sekali saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Majlis Hari Inovasi DBP 2013...Insyaallah, Semoga Kualiti & Kecemerlangan Terus Menjadi Teras Kepada Budaya Kerja Kita... "ANDA TIDAK TEWAS KALAU ANDA TERJATUH, NAMUN ANDA TEWAS JIKA ANDA TIDAK BANGKIT SEMULA" From : Balu Allahyarham Eddie NormanInsya-Allah. Allahyarham seorang staf yg berdedikasi dan beliau layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang DBP. Semoga DBP dekat di hati Adik Intan. Salam buat keluarga Eddie. Admin.Lain-lain08.11.2013

Kembali ke atas