Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lut] | بالوت

Definisi : barut, pembungkus, pembebat (luka dll); ~ ketupat daun nyiur pembungkus ketupat;membalut membarut, membebat, membungkus: ~ luka;membaluti membungkus: tubuhnya merupakan segumpal daging dibaluti sehelai kain;membalutkan menggunakan sesuatu utk membalut, membungkuskan, membarutkan: ia mengoyak kain selendangnya lalu dibalutkan pd betisnya yg luka;balutan bungkusan, bebatan: ia meraba-raba ~ kain putih yg membendung keliling perutnya;pembalutan perbuatan membalut;pembalut sesuatu yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lut] | بالوت

Definisi : bengkak (pelupuk mata), bakup, bagup: mata tuan puteri itu ~ bekas menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lut] | بالوت

Definisi : benda yg digunakan utk membungkus; barut: ~ ketupat daun nyiur yg dianyam utk membungkus ketupat. membalut membungkus sesuatu supaya tidak terdedah: Dia ~ lukanya dgn kain kapas yg jarang. membaluti menjadi (sbg) balut pd: Sehelai kain pelekat ~ tubuhnya yg kerdil. membalutkan menjadikan sesuatu sbg balut: Dia ~ secarik kain pd lukanya. balutan lilitan atau bebatan utk membalut: ~ hadiah itu tidak kemas. pembalutan perbuatan atau hal membalut. pembalut apa-apa yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah terjemahan yang sesuai perkataan chicken wrap; roti gulung ayam atau roti balut ayam?Cadangan terjemahan untuk "chicken wrap" ialah "Roti Gulung Ayam."Penyemakan dan penterjemahan09.07.2022
     saya ingin bertanya, apakah padanan BM yg sesuai utk perkataan di bawah: 1.comb binding 2.tape binding 3.ring binding Sekian,TK

1.Comb binding = jilid sisir 2. Binding tape =pita balut 3. ring binding = jilid gegelung (cadangan).

 

Istilah28.10.2010
Salam sejahtera, "doktor itu membalut tangan saya" atau "doktor itu membalutkan tangan saya"? Apakah perbezaan antara "membalut" & "membalutkan"?Jawapan yang betul ialah doktor itu membalut tangan saya. Membalut membawa maksud membungkus sesuatu supaya tidak terdedah manakala membalutkan menjadikan sesuatu sebagai balut.
Tatabahasa27.10.2020

Kembali ke atas