Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.lut] | بالوت

Definisi : barut, pembungkus, pembebat (luka dll); ~ ketupat daun nyiur pembungkus ketupat;membalut membarut, membebat, membungkus: ~ luka;membaluti membungkus: tubuhnya merupakan segumpal daging dibaluti sehelai kain;membalutkan menggunakan sesuatu utk membalut, membungkuskan, membarutkan: ia mengoyak kain selendangnya lalu dibalutkan pd betisnya yg luka;balutan bungkusan, bebatan: ia meraba-raba ~ kain putih yg membendung keliling perutnya;pembalutan perbuatan membalut;pembalut sesuatu yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lut] | بالوت

Definisi : bengkak (pelupuk mata), bakup, bagup: mata tuan puteri itu ~ bekas menangis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.lut] | بالوت

Definisi : benda yg digunakan utk membungkus; barut: ~ ketupat daun nyiur yg dianyam utk membungkus ketupat. membalut membungkus sesuatu supaya tidak terdedah: Dia ~ lukanya dgn kain kapas yg jarang. membaluti menjadi (sbg) balut pd: Sehelai kain pelekat ~ tubuhnya yg kerdil. membalutkan menjadikan sesuatu sbg balut: Dia ~ secarik kain pd lukanya. balutan lilitan atau bebatan utk membalut: ~ hadiah itu tidak kemas. pembalutan perbuatan atau hal membalut. pembalut apa-apa yg dipakai utk membalut: kain ~ luka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata balut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gravel pack syn. filter packbalut kerikilHidrologiTiadaBahan berliang tergred yang dimasukkan ke dalam ruang gelungan di antara turus paip lindung dan dinding lubang gerudi. Kadangkala balut kerikil diletakkan di sekeliling paip saliran. Sin.: balut penapis.
wrapping pairpasangan balutMekanikGunaanSambungan di antara tali sawat dengan kapi, rantai dengan gegancu, atau tali dengan gelendong. Pasangan balut termasuk dalam golongan pasangan atasan. Lihat juga pasangan, pasangan atasan.
ballutebalutAeroangkasaTiadaBrek aerodinamik yang menggunakan kombinasi belon dan payung terjun.
cylinder packingbalut silinderKomunikasiTiadaTiada
cap (binding)balut (jilidan)PerpustakaanTiadaBuku yang dibalut dan digam dengan kertas kuning kecuali bahagian papannya untuk melindung helaian buku semasa membuat blok dengan tangan.
paper coveredbalut kertasPerpustakaanTiadaTiada
dress (wound)balut(an)PerubatanTiadaTiada
paper coveredbalut kertasPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
car wrapbalut keretaKejuruteraan AutomotifAksesoriKemasan grafik vinil yang dilekatkan pada kereta untuk mengubah penampilan luar kereta tersebut. Pelekat tersebut boleh dibuang tanpa merosakkan cat pada badan kereta.
plaster bandageplaster balutPendidikanTiadaTiada
123

Kembali ke atas