Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bandar yg besar lagi penting (spt London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dll) yg biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bandar yg besar lagi penting yg penduduknya melebihi satu juta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan, saya ingin menggandakan perkataan bandar raya. Yang mana betul: badar-bandar raya atau bandar raya bandar raya? Bagaimana pula menggandakan perkataan menteri besar?Apabila menggandakan kata jamak, perkataan yang pertama sahaja digandakan seperti Menteri-menteri Besar Bandar-bandar raya.Tatabahasa11.04.2013
Manakah satu yang betul Bandar raya,Bandaraya,atau bandar-bandar rayaEjaan yang betul  ialah Bandar raya  (kata nama am). Jika kata nama tersebut sebahagian daripada nama khas yang didaftarkan contohnya Majlis Bandaraya Shah Alam, maka ejaannya ialah "Bandaraya" mengikut nama khas tersebut. Ejaan15.07.2021
Dua nama yang mungkin digunakan setelah bandar Kota Bharu dinaik taraf sebagai bandar raya penuh, iaitu Majlis Bandar Raya Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Majlis Bandar Raya Kota Bharu Islamik. Yang mana satu paling tepat dan betul?Ungkapan yang paling tepat ialah Majlis Bandar Raya Kota Bharu atau Bandar Raya Islam.Tatabahasa01.03.2007
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan)Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik.Tatabahasa12.04.2008
Salam sejahtera, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan "bandar raya" dan frasa "Melaka Bandaraya Bersejarah". Melaka Bandaraya Bersejarah atau Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Bandar Raya Melaka Bersejarah? Frasa yang manakah betul? Dalam ayat seperti Lawatan ke Melaka...., frasa yang manakah harus saya gunakan? Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Lawatan ke Bandar Raya Melaka Bersejarah atau Lawatan ke Bandaraya Melaka Bersejarah? Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya merungkai kekeliruan ini. Terima kasih.Bandar Raya Melaka Bersejarah ialah ialah kata nama khas yang telah diwartakan dengan nama yang tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah.Lain-lain15.12.2011
Chit Watt Ooo...maknanya kalau Johor ia Dewan Bandar Raya Johor Bahru. Oppss..silap. Majlis Bandar Raya Johor Bahru. So salah ke ejaan selama ini? 1994 Itu tahun JB jadi Bandar Raya. Sebelum itu perbandaranEjaan yang betul ialah bandar raya kecuali Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diwartakan sebelum tahun 1972. Selepas tahun 1972 kita hendaklah menggunakan Sistem Ejaan Baharu yang telah diselaraskan termasuklah ejaan bandar raya. Walau bagaimanapun terdapat juga penamaan beberapa dewan bandar raya dan majlis bandar raya selepas tahun 1972 masih mewartakan ejaan lama.Ejaan11.08.2014
Antara tiga nama bagi kerajaan tempatan berikut, yang manakah tepat (1) Majlis Perbandaran Bandar Raya Pelancongan Langkawi; (2) Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah; dan (3) Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam? Yang mana satu yang betul?Yang betul ialah Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam.Lain-lain26.06.2006
perkataan bandar raya,boleh kah digunakan sebagai kata nama khas,contoh dalam ayat ini: Bandar raya Kuala Lumpur tersergam indah. atau perlu di sambung seperti ini: Bandaraya Kuala Lumpur. Harap pihak DBP dapat menjawab soalan ini secepat mungkin.Terima KasihEjaan yang betul ialah bandar raya. Penggunaan yang betul ialah Bandar Raya Kuala Lumpur tersergam indah tetapi pihak DBKL mengejanya rapat untuk membolehkan mereka menggunakan akronim B bagi Bandar Raya.Tatabahasa05.09.2007
Tuan, Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur?Yang betul dari segi penggunaan ialah Syukri tinggal di bandar raya Kuala Lumpur. Tetapi apabila merujuk kepada nama khas, perlu dieja dengan huruf besar. Misalnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Tatabahasa23.09.2013
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico.Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris".Tatabahasa22.02.2015
12345678

Kembali ke atas