Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar yg besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bandar yg besar lagi penting (spt London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dll) yg biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bandar yg besar lagi penting yg penduduknya melebihi satu juta orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
raya (adjektif)
1. Bersinonim dengan besar: gedang

2. Bersinonim dengan umum: awam

Kata Terbitan : merayakan, perayaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAJLIS BANDAR RAYA JOHOR BAHRU

Majlis Bandar raya Johor Bahru (MBJB), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, perancangan dan pembangunan Bandar raya Johor Bahru.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MAJLIS BANDAR RAYA IPOH

Majlis Bandar raya Ipoh (MBI), pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perancangan Bandar raya Ipoh, ibu negeri Perak dan bandar keempat terbesar di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SHEFFIELD

Sheffield (pend. 500 500; pend. kaw. met. 1 303 200)

ialah bandar raya perindustrian di utara-tengah

England. Bandar raya ini terletak di kawasan

berbukit yang indah di pertemuan Sungai Don dan

Sungai Sheaf (lihat England [peta politik]). Sebagai

sebuah bandar raya perindustrian yang penting,

Sheffield telah lama menjadi sebuah pusat untuk

pengeluaran keluli, pinggan perak, dan barangan

logam bermutu tinggi. Alat memotong dan kutleri,

iaitu barangan perak, cerek, dan perkakas meja lain

terkenal pada peringkat antarabangsa.

UMUM 
SEATTLE

Seattle (pend. bandar–516 259; kawasan

metropolitan–1 972 961) ialah bandar raya terbesar

di Washington, Amerika Syarikat. Bandar raya ini

merupakan pusat pengeluaran, perdagangan, dan

pengangkutan yang penting di Barat Laut Pasifik.

Bandar raya ini terletak di pantai timur Selat Puget,

kira-kira 200 kilometer dari Lautan Pasifik melalui

Selat Juan de Fuca. Kedudukan Seattle telah

membantunya menjadi pintu masuk ke Alaska dan

Timur Jauh. Lebih kurang dua per lima penduduk

Washington tinggal di kawasan metropolitan

Seattle.

UMUM 
MOSCOW

Moscow ialah ibu negara Rusia dan salah sebuah

bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada

8 1∕10 juta orang tinggal di Moscow. Sebagai

perbandingan jumlah penduduk Moscow dengan

bandar raya yang lain, lihat Bandar raya (jadual).

UMUM 
NEW YORK CITY

New York City (pend. 7 322 564), bandar raya

terbesar di Amerika Syarikat mengikut bilangan

penduduk (lihat Bandar raya ). New York City

merupakan salah satu daripada pusat perniagaan,

kebudayaan, dan perdagangan yang terpenting di

dunia. Ia juga menempatkan ibu pejabat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sering

kali, yang berlaku di New York City memberi

kesan kepada seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

UMUM 
TAEGU

Taegu (pend. 2 229 040) ialah bandar raya ketiga

terbesar di Korea Selatan selepas Seoul dan Pusan.

Taegu terletak di bahagian selatan Korea Selatan

(lihat Korea [peta]). Bandar raya ini adalah pusat

perdagangan dan pendidikan.

UMUM 
BANDAR RAYA

Bandar raya, kawasan perbandaran yang besar yang terdiri daripada pusat bandar dan bandar-bandar satelit.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SÃO PAULO

São Paulo (pend. 7 033 529; pend. kaw. met.

12 588 439) ialah bandar raya terbesar di Brazil dan

menjadi pusat perindustrian dan perdagangan

yang utama. Ia juga merupakan bandar raya terbesar

di Amerika Selatan. São Paulo, ibu negara São Paulo,

terletak di tenggara Brazil, kira-kira 386 kilometer

dari Rio de Janeiro. Untuk lokasi, lihat Brazil (peta

politik).

UMUM 
SEOUL

Seoul (pend. 9 645 932) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar di Korea Selatan. Seoul

merupakan salah satu bandar raya terbesar di

dunia dari segi jumlah penduduknya (lihat Bandar

raya ). Seoul berfungsi sebagai pusat kebudayaan,

ekonomi, pendidikan, kewangan, kerajaan, dan

aktiviti politik Korea Selatan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas