Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandaraya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, antara yang berikut, yang manakah tepat penggunaanya? Bandaraya Melaka, Bandaraya Kuala Lumpur, Bandaraya Ipoh dan Pasaraya Giant.Ejaan yang betul ialah bandar raya Melaka, bandar raya Ipoh, bandar raya Kuala Lumpur dan pasar raya Giant.

Bagi ejaan yang diwartakan, bandaraya dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan lain-lain.
Ejaan22.09.2013
Mohon perincian tuan mengenai penggunaan/fungsi/maksud bagi empat perkataan yang saya temui dalam Kamus Carian kata DBP. 1. bandaraya (bandaraya tropika) 2. bandar raya (bandar raya perindustrian) 3. perlantikan (appoinment) 4. pelantikan (pertabalan)Dalam buku Daftar Istilah Kewangan yang diterbitkan pada tahun 2001 tropical city diterjemahkan kepada bandar raya tropika dan bandar raya sememangnya dieja dua perkataan, berkemungkinan terdapat kesilapan sewaktu proses memindahkan data tersebut. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan appointment diterjemahkan kepada pelantikan (bukan perlantikan) dan pelantikan itu sendiri boleh digunakan untuk merujuk perihal/perbuatan melantik.Tatabahasa12.04.2008
saya hendak mengetahui sama ada penggunaan perkataan "bandar raya atau bandaraya". contohnya bandaraya Kuala Lumpur atau bandar raya Kuala Lumpur. harap maklum.Ejaan yang betul ialah bandar raya tidak termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang dieja bersambung. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, ejaan bagi DBKL adalah ejaan lama kerana DBKL digazetkan sebelum tahun 1970. Mana-mana yang digazetkan selepas 1970, ejaan tersebut ditulis dalam dua perkataan. Harap maklum.Ejaan26.10.2007
Apa perbezaan bandar raya dan bandaraya?

Bandaraya ialah ejaan sebelum tahun 1972 (Sistem Ejaan Rumi diperkenalkan). Sehingga kini digunakan kerana telah digazetkan. Contohnya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ejaan yang betul selepas itu ialah bandar raya.

Istilah21.02.2010
Salam. Mohon pengesahan ejaan Jawi: Bandaraya Alor Setar Jika ejaan "bandaraya" sepatutnya " bandar raya", juga mohon penjelasan ejaan Jawi bagi: Bandar Raya Alor Setar Terima kasih.

Ejaan yang betul ialah “BANDAR RAYA ALOR SETAR”. Ejaan Jawi bagi perkataan tersebut ialah باندر راي الور ستر . Walau bagaimanapun, bagi ejaan yang diwartakan, “bandaraya” dieja rapat seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Lain-lain01.03.2023
Salam sejahtera, Saya amat keliru dengan penggunaan perkataan "bandar raya" dan frasa "Melaka Bandaraya Bersejarah". Melaka Bandaraya Bersejarah atau Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Bandar Raya Melaka Bersejarah? Frasa yang manakah betul? Dalam ayat seperti Lawatan ke Melaka...., frasa yang manakah harus saya gunakan? Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah atau Lawatan ke Bandar Raya Melaka Bersejarah atau Lawatan ke Bandaraya Melaka Bersejarah? Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya merungkai kekeliruan ini. Terima kasih.Bandar Raya Melaka Bersejarah ialah ialah kata nama khas yang telah diwartakan dengan nama yang tersebut. Untuk maklumat lanjut, rujuk Majlis Bandar Raya Melaka Bersejarah.Lain-lain15.12.2011
Bolehkah bandar-bandar raya asing menggunakan perkataan bandaraya pada namanya? Contohnya, Bandaraya Mexico.Lazimnya dalam penulisan, nama bandar ditulis terus seperti ayat "bandar-bandar besar di dunia seperti New York, London dan Paris".Tatabahasa22.02.2015
Bandaraya Kuala Lumpur atau Bandar Raya Kuala Lumpur atau bandaraya Kuala Lumpur atau ?????Ejaan nama khas seperti yang telah didaftarkan ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Ejaan03.03.2014
1) pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya atau Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya 2) pengerusi Persatuan Sejarah atau Pengerusi Persatuan SejarahEjaan yang betul ialah Pengarah Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pengerusi Persatuan Sejarah.Ejaan06.06.2012
Adakah "Melaka Bandaraya Bersejarah" betul atau "Melaka Bandar Raya Bersejarah" Bagaimanakah kita bezakan kata majmuk yang dieja bersambung atau berpisah? Terima kasih

Ejaan yang betul ialah bandar raya. Walau bagaimanapun, bagi ejaan nama khas seperti Melaka Bandaraya Bersejarah, perkataan Bandaraya dieja sebagai satu perkataan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, m/s 133.

Tatabahasa21.03.2011
12345678910

Kembali ke atas