Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandaraya


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

ialah badan berkanun yang bertanggungjawab

menyelenggara dan melaraskan kegiatan

pembangunan di kawasan bandar raya Kuala

Lumpur yang meliputi keluasan 243.62 kilometer

persegi.

UMUM 
DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA

Dewan Bandaraya Kuching Utara, penguasa tempatan yang ditubuhkan untuk mentadbir kawasan Bandaraya Kuching Utara setelah pengisytiharan Kuching sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), penguasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir Kuala Lumpur setelah Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Februari 1972.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir pembangunan, dan perancangan seluruh kawasan Daerah Melaka Tengah.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
KLCC

KLCC ialah mercu tanda negara Malaysia. Ia

merupakan singkatan daripada Kuala Lumpur City

Centre atau Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. la

merupakan projek mega bersepadu meliputi

kawasan seluas 1.67 juta meter persegi terletak di

lokasi strategik di kawasan segi tiga emas

Kuala Lumpur. KLCC menempatkan Menara

Berkembar PETRONAS, Kompleks Membeli-belah

Suria KLCC, Menara Maxis, Menara ESSO, Hotel

Mandarin Oriental, Pusat pendinginan Daerah,

Taman awam dan Masjid Asy-syakirin. Menara

Berkembar PETRONAS ialah bangunan tertinggi

di dunia.

UMUM 
KUCHING

Kuching (pend. 368 386), ibu negeri Sarawak.

Ia juga berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan

pusat kegiatan ekonomi. Kuching terletak 34

kilometer ke pedalaman Sungai Sarawak. Kuching

diisytiharkan sebagai bandar raya pada tahun 1995

dan ia dibahagikan kepada dua dewan bandar raya,

iaitu Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Dewan

Bandaraya Kuching Selatan.

UMUM 
KAMPUNG DATUK KERAMAT

KAMPUNG DATUK KERAMAT,  kawasan petempatan yang terletak di bandar raya Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Kampung ini dibuka pada sekitar awal tahun 1960-an. Kampung ini diletakkan di bawah pentadbiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (D.B.K.L.). Kampung Datuk Keramat  mempunyai keluasan 90 hektar persegi. Kampung ini dikelilingi oleh Padang Tembak di utara, Wangsa Maju di timur, Ampang di Selatan dan Bandaraya Kuala Lumpur di barat. Jumlah penduduknya lebih kurang 20 000 orang. Sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
BUKAN BUNUH DIRI

BUKAN BUNUH DIRI,  drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri.  Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas