Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bandaraya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
MayorDatuk BandarPentadbiranPentadbiran Awam

Pentadbir tertinggi dalam konteks pentadbiran sesebuah bandaraya. Beliau bertanggungjawab untuk memastikan segala bentuk urusan pentadbiran bandaraya diuruskan dengan betul, teratur dan mengikut perancangan. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang diberikan, biasanya beliau dibantu oleh sebuah lembaga penasihat yang terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Sebelum tahun 1978, segala bentuk urusan pentadbiran Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kerajaan Tempatan dan Wilayah Persekutuan. Namun demikian, pada pertengahan 1978, kabinet baru telah disusun semula dan Datuk Bandar tertakluk di bawah arahan Kementerian Wilayah Persekutuan.

pathlaluanGeografiTiada3. Satu daripada lima unsur yang dicamkan oleh K.Lynch di dalam imej struktur fizikal sesuatu bandaraya dan menjadi tempat pergerakan manusia di dalam bandaraya.
pathlaluanGeologiTiada3. Satu daripada lima unsur yang dicamkan oleh K.Lynch di dalam imej struktur fizikal sesuatu bandaraya dan menjadi tempat pergerakan manusia di dalam bandaraya.
city governmentpentadbiran bandar/pentadbiran bandarayaPentadbiranPentadbiran Awam

Pusat pemerintahan bagi sesebuah bandar yang bertanggungjawab untuk merancang, membangun, menyelia dan mengawasi pelaksanaan projek pembangunan di kawasannya. Pentadbiran bandar mempunyai autonomi untuk menggubal undang-undang, menjana sumber pendapatan dan melaksanakan fungsi-fungsi lain yang tersendiri. Antara tanggungjawab asas pentadbiran bandar ialah menyediakan pelbagai bentuk kemudahan awam seperti pondok telefon, tempat letak kenderaan, tandas awam, taman rekreasi, pasar malam dan kemudahan sanitari. Contoh pentadbiran bandar ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Perbandaran Seremban.

overbounded citybandaraya lampau sempadanGeografiTiadaTiada
national capitalibu negaraGeografiTiadaBandaraya tempat terletaknya pentadbiran sesebuah negara.
rank-size rulehukum saiz susun tarafGeografiTiadaSusun taraf empirik yang menerangkan taburan saiz bandar atau bandaraya di dalam sesuatu kawasan.
County CouncilMajlis KawasanPentadbiranTiadaBadan atau organisasi yang bertanggungjawab melaksanakan pentadbiran sesebuah kawasan di bawah bidang kuasanya. Majlis kawasan mempunyai peranan dan fungsi tersendiri seperti menyelenggara sistem perparitan dan saliran, menyediakan kemudahan kesihatan, taman permainan, dan mengendalikan hal ehwal kebersihan. Majlis ini mempunyai kuasa untuk menjana pendapatan sendiri selain peruntukan dari kerajaan negeri. Terdapat beberapa kategori majlis kawasan seperti Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Majlis ini mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri yang bertanggungjawab kepada kerajaan negeri dan diselaras melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.
City CouncilDewan Bandar RayaPentadbiranTiadaBadan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota persekutuan. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Dewan Bandar Raya bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada 8 hingga 24 orang ahli. Contoh Dewan Bandar Raya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
local governmentkerajaan tempatanPentadbiranPentadbiran Awam

Salah satu peringkat kerajaan yang wujud dalam sesebuah negara. Penubuhannya bertujuan untuk memberi peluang kepada penduduk setempat untuk mengambil bahagian dalam pentadbiran. Institusi ini mempunyai autonomi kewangan dan berhak menggubal undang-undang kecil yang berkaitan dengan bidang kuasanya. Kuasa kerajaan tempatan tertakluk di bawah kerajaan negeri. Walau bagaimanapun kerajaan persekutuan, melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkuasa mengarah, membantu serta mengawal kerajaan tempatan di seluruh negara. Kerajaan tempatan berfungsi memberikan perkhidmatan perbandaran di kawasan yang telah ditetapkan. Antara perkhidmatan tersebut ialah penjagaan kesihatan awam, kebersihan awam dan menyediakan sistem memungut sampah. Terdapat tiga jenis kerajaan tempatan di Malaysia, iaitu Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah.


Kembali ke atas