Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.sa] | بڠسا

Definisi : 1. jenis manusia drpd satu asal keturunan: ~ Melayu; ilmu ~ pengetahuan mengenai cara kehidupan (adat resam dll) sesuatu bangsa; 2. kumpulan manusia dlm satu ikatan ketatanegaraan: ~ Malaysia; 3. macam, jenis: setelah selesai persiapan, diadakanlah permainan tujuh ~; 4. jantina, jenis kelamin; 5. darjat tinggi, keturunan mulia: bahasa menunjukkan ~; rosak ~ kerana laku;sebangsa 1. serupa bangsa, satu bangsa: ~ dan setanah air; 2. semacam, sejenis: ayam ialah ~ unggas;berbangsa 1. termasuk dlm bangsa: jurutaip itu ~ Cina; 2. drpd keturunan orang baik-baik (bangsawan dll): orang berasal lagi ~; 3. Mn berkerabat: saya ~ dgn isterinya;membangsakan ark menganggap sbg bangsa (kerabat dll);kebangsaan 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~;berkebangsaan mempunyai kebangsaan, mempunyai sifat-sifat kebangsaan: dr mulanya filem Melayu tidak mempunyai dasar ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa] | بڠسا

Definisi : ; ~-~ Bersatu pertubuhan antarabangsa yg dianggotai oleh negara-negara merdeka yg bertujuan memelihara keamanan di dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa] | بڠسا

Definisi : 1 kumplan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya: ~ Melayu. 2 kumpulan manusia yg menjadi rakyat sesebuah negara: ~ Malaysia. berbangsa 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. kebangsaan hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. bangsawan 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsa

Puisi
 

Baju kurung pakaian asli,
     Turun-temurun bangsa Melayu;
Lagi cantik bertambah seri,
     Dipandang lama rasa tak jemu.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bangsa bermuka papan.

Bermaksud :

Tidak bermalu.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
odu-odu Tbsemangat padiEngkau bukan tak tahu adapt monomparoi bangsa kita. Bangsa Sungai ni, Odu-odu tentunya marah kalau menanam padi dua kali setahun. Aku tak mahu terkena sumpahan."Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
panduk-panduk Bj Smtempat berteduh, khemah.Cikgu Jamrah. Dia memilih seorang ustazah dari Kuala Lumpur, jelas orang itu lagi. "Baguslah itu. Eratlah hubungan mesra bangsa serumpun," kata Pak Hilun. Ia berjalan menuju ke arah orang ramai di sebuah panduk-panduk.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas