Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.sa.wan] | بڠساون

Definisi : 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa.wan] | بڠساون

Definisi : 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsawan

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cacing menelan naga.

Bermaksud :

Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Boleh kita namakan taman perumahan dengan perkataan "Bangsawan" Contoh : Villa Bangsawan , Bangsawan Resisdensi, atau Taman Bangsawan dan sebagainya.Bangsawan bermaksud keturunan mulia. Dari aspek penggunaan bahasa Melayu perkataan bangsawan boleh digunakan, namun penggunaannya perlulah sesuai dengan konteks penggunaannya. Lazimnya kita menggunakan perkataan bangsawan seperti dalam frasa pentas bangsawan dan orang bangsawan. Jika nama Vila Bangsawan hendak digunakan penempatan tersebut mesti sesuai dengan konteks makna yang dibawanya.Tatabahasa02.08.2012
Apakan kata sendi yang sesuai di dalam ayat ini? "Status Fatimah bertukar dari/daripada golongan bangsawan ke/kepada/hingga seorang wanita yang kehilangan kampung halaman." Terima kasih.Status Fatimah bertukar daripada golongan bangsawan kepada seorang wanita yang kehilangan kampung halaman.Tatabahasa04.03.2007
Bolehkan penggunaan `dipelopori oleh' digantikan dengan `dipeloporkan oleh' dalam ayat `Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan.' Terima kasih.Ungkapan 'dipelopori oleh' dalam ayat 'Gerakan menuntut kemerdekaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan' tidak boleh digantikan dengan 'dipeloporkan oleh' kerana akhiran -kan mengandungi unsur benefaktif manakala akhiran -i mengandungi unsur lokatif (tempat atau orang).Tatabahasa15.08.2007
Salam. Mohon pandangan tuan berkaitan penggunaan gelaran Encik kepada mereka yang yang mempunyai susur galur keturunan bangsawan, namun tidak lagi mempunyai sebarang pangkat gelaran istana. Sebagai contoh Encik Raja atau Encik Tengku bagi mereka yang berkhidmat sebagai kakitangan biasa bukan pegawai tinggi di dalam sesuatu pentadbiran. Sekian, terima kasih.
Salam tuan budiman,

Untuk golongan bangsawan atau kerabat, sapaan hormatnya, ialah  Yang Mulia (YM), walaupun tiada pangkat. Asalkan nama hadapannya ada raja, tengku, ku.

Sebagai contoh Yang Mulia Raja atau Yang Mulia Tengku.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain25.09.2019
Apa beza bahasa dalam, bahasa halus, bahasa istana dan, bahasa bangsawan ?Bahasa dalam ialah bahasa kehormatan (bahasa yg dipakai di istana); bahasa halus ialah bahasa atau perkataan lain yg lebih lembut yg digunakan utk menggantikan perkataan yg dirasakan kasar atau menyentuh perasaan orang lain (mis meninggal dunia utk menggantikan perkataan mati dsb); bahasa istana ialah bahasa yang digunakan di istana dan digunakan oleh kerabat diraja/golongan istana dalam sistem komunikasi antara mereka seperti panggilan gelaran-gelaran, dan sebagainya, manakala bahasa bangsawan pula ialah bahasa yang digunakan bagi kelas-kelas masyarakat yang berbudi halus. Istilah31.08.2009
Salam sejahtera, Bahasa itu terpelihara keaslianan dan ketulenannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka. Jadi, siapa yang hendak menjaga keaslian bahasa kita melainkan masyarakat kita sendiri dan keturunan kita dapat menjadi bangga dan kagum dengan hasil nenek moyang mereka. serta pada pendapat saya istilah "ilmu hisab" dan "ilmu kira-kira" lebih bergaya dan menunjukkan keaslian bahasa Melayu. Siapa lagi hendak menggunakan istilah-istilah lama itu melainkan bahasa kita sendiri. Walaupun istilah-istilah itu lapuk sekurang-kurangnya keaslian bahasa kita dapat dikekalkan dan dijaga dengan baik melalui penggunaan istilah-istilah lapuk itu seseorang dapat mengenal bangsa dan budaya kita. Kita perlu ingat ean sedar bahawa bahasa Inggeris dan eropah adalah bahasa penjajah. Perlukah kita membesarkan bahasa mereka dengan meminjam istilah dan kosa kata mereka? itu tidak perlu, kerana bahasa kita kaya dengan istilah dan kosa kata. Kita boleh menciptakan istilah kita sendiri dan tidak perlu berhutang dengan meminjam istilah dan kosa kata bahasa lain. Ada baik jikalau kita dan masyarakat kita mengamalkan sikap yang sama seperti sikap pejuang bahasa Cina dan Thai. Bahasa-bahasa itu terpelihara keaslianannya kerana mendapat sokongan daripada kerajaan, bangsawan dan rakyat mereka yang sangat mencintai bahasa mereka.Kami ambil maklum pandangan tuan. Kami juga bersetuju iltizam politik juga amat diharapkan dalam memberi makna kepada kesungguhan kita memartabatkan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia. Bahasa Melayu yang telah diangkat dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sewajarnya mendapat tempat tersendiri dalam kalangan rakyat.Lain-lain15.11.2015
Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan

Saudari,

Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'.

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg meme­gang atau pernah memegang tampuk peme­rin­­­tahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pe­mimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, keju­juran­nya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg nega­ra­wan.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Tatabahasa23.08.2012
maksud perkataan opuMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, opu bermaksud gelaran bangsawan Bugis.Makna10.01.2011
apakah maksud feudal??Feudal bermaksud berasaskan feudalisme, iaitu sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna01.03.2008
Jika 'tuanku' digunakan sebagai kata ganti nama diri kedua untuk RAJA dan SULTAN, apakah kata ganti nama diri kedua yang sesuai digunakan oleh rakyat jelata atau bangsawan ketika berbicara dengan RANI/MAHARANI/RATU/SULTANAH/TENGKU AMPUAN/PERMAISURI atau siapa-siapa sahaja yang bertakhta dan berjantina perempuan?Berdasarkan rujukan kami, kata nama ganti diri yang kedua boleh digunakan ialah tuanku yang merujuk kepada raja atau sultan dan isteri baginda.Lain-lain30.01.2019
123

Kembali ke atas