Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bang.sa.wan] | بڠساون

Definisi : 1. (orang) berbangsa, (orang) keturunan mulia: seorang ~ yg bernama Datok Alam Tujuh; 2. = komedi ~ = wayang ~ sandiwara yg disertai nyanyian dan tarian (biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu): panggung ~; anak ~ a) anak orang bangsawan; b) pelakon komedi bangsawan;membangsawankan mengubah sesuatu cerita dlm sesuatu bentuk (spt bertulis, lisan, dsb) ke dlm bentuk bangsawan: ~ Hikayat Si Miskin;kebangsawanan 1. kedudukan yg bersifat bangsawan: sesiapa mengahwini seseorang perempuan kerana ~nya, nescaya Allah tidak akan menambah kepadanya melainkan kehinaan; ~ turunan; 2. ki sifat kemuliaan: ~ fikiran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bang.sa.wan] | بڠساون

Definisi : 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangsawan

Puisi
 

Terbang berkasih burung di awan,
     Telur menetas induknya mati;
Bercerai kasih muda bangsawan,
     Bercerai hidup baik mati.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cacing menelan naga.

Bermaksud :

Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah. (Bandingkan dengan: Seekor cacing menelan naga).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM

Anggota Bangsawan United Kingdom ialah

lelaki atau wanita yang mempunyai taraf

bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf

bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak

untuk dikenali sebagai “Lord” atau “Lady” dan bukan

“Mr.” atau “Mrs.”, gelaran yang digunakan oleh

rakyat biasa .

UMUM 
KAUM BANGSAWAN

Kaum bangsawan merupakan golongan yang

dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam

masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas

dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan

ia membawa gelaran seperti duke atau earl.

UMUM 
HIKAYAT INDERA BANGSAWAN SASTERAKarya
BANGSAWAN

BANGSAWAN, satu bentuk seni pentas dan teater gaya opera Malaysia dan Indonesia. Bangsawan menggunakan dialog dan pada sikuan-sikuan tertentu diolah secara lagu atau puisi, dengan gaya berlakon yang menonjolkan gerak-geri. Kesan keseluruhan teater ini berunsurkan melodrama.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
PERANG PETANI

Perang Petani merujuk kepada pemberontakan

petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada

tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan

pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah

negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir

tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest

dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh

rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima

kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan

memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan

mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai

Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna

hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut

petani.

UMUM 
MORTIMER

Mortimer ialah nama keluarga bangsawan

Inggeris yang terkemuka dalam sejarah Inggeris

dari tahun 1100-an hingga awal tahun 1400-an.

Mereka menjadi tuan tanah yang penting di

kawasan Welsh Marches (lihat Marches). Kuasa

wilayah dan ketenteraan keluarga Mortimer

menjadikan mereka kuasa yang kuat dalam

perbalahan yang berulang-ulang antara raja-raja

Inggeris dan baron mereka. Tuntutan orang York

terhadap takhta Inggeris semasa Perang Ros telah

diperoleh dari keluarga Mortimer menerusi

perkahwinan.

UMUM 
DAYANG

Gelaran tradisional bagi wanita bangsawan di Sarawak.

BUDAYAKonsep
EARL

Earl ialah darjat kebesaran terawal bangsawan

Inggeris. Ia juga merupakan gelaran diraja

tertinggi sehinggalah Black Prince dilantik menjadi

Duke of Cornwall pada tahun 1337.

UMUM 
DARNLEY, LORD

Darnley, Lord (1545–1567), bangsawan Scotland

yang menjadi waris terdekat untuk menaiki

takhta kerajaan England. Nama sebenarnya ialah

Henry Stuart.

UMUM 
KELUARGA GRACCHUS

Keluarga Gracchus ialah keluarga bangsawan

kelas atasan pada zaman Rom purba. Dua beradik,

Tiberius dan Gaius Gracchus menjadi terkenal

sebagai pegawai yang cuba mengubah sistem

politik dan ekonomi Republik Rom. Mereka diingati

khususnya kerana cadangan mereka bagi reformasi

tanah. Kadang-kadang kedua-dua mereka ini digelar

Gracci .

UMUM 
123456789

Kembali ke atas