Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ngu.nan] | باڠونن

Definisi : sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ngu.nan] | باڠونن

Definisi : sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bangunan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
party walldinding pemisahKejuruteraanKejuruteraan BangunanDinding yang menjadi pemisah di antara bangunan-bangunan yang bersebelahan.
site planpelan tapakKesenianSeni BinaPelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang akan dibina. Pelan ini mengandungi perincian yang jelas tentang tapak bangunan atau bangunan-bangunan yang ada di sekitarnya, termasuk jalan, laluan pejalan kaki dan sebagainya.
civic centrepusat sivikSosiologiTiadaBahagian bandar yang menempatkan bangunan-bangunan dan kegiatan kebudayaan.
turretturetKesenianSeni BinaMenara kecil yang dibina secara menegak di dinding sesebuah bangunan. Ia banyak dibina di bangunan-bangunan pada Zaman Pertengahan di Eropah, seperti di istana Medieval.
service coreteras perkhidmatanKesenianSeni BinaRuang di dalam sesebuah bangunan yang dibina khas untuk tujuan-tujuan penting. Di bangunan-bangunan tinggi terutamanya, lazimnya terdapat ruangan yang dibina khas untuk menempatkan pelbagai perkhidmatan penting seperti bekalan air, elektrik, telefon, tandas, khidmat pelindung kebakaran, lif serta tangga dari aras bawah hinggalah ke aras bumbung.
Elizabethan theatrepanggung zaman ElizabethKesusasteraanTiadaPanggung zaman pemerintahan Elizabeth di England yang berbeza dari panggung zaman Yunani iaitu bangunan-bangunan panggung tersebut mempunyai dasar yang sama iaitu terdapat sebuah lapangan dikelilingi bangunan kecil yang rapat, bulat bujur sangkar dan tiga tingkat dan sebuah panggung yang luas menjolok ke dalam tanah tempat bermain yang utama, manakala penonton berada di tanah lapang atau balkoni.
courtyardlaman dalamKesenianSeni BinaKawasan lapang yang dikelilingi oleh tembok atau dinding dan tidak berbumbung. Kawasan ini sering ditemui di rumah-rumah tumpangan dan bangunan-bangunan awam, biasanya di ruang mesyuarat atau tempat perjumpaan utama. Kawasan ini juga lebih dikenali sebagai laman di dalam bangunan.
acropolisakropolisKesenianSeni BinaNegara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek.
alleylorongKesenianSeni BinaLorong kecil di antara bangunan yang menghubungkan suatu bangunan ke bangunan yang lain.
prefabricated buildingbangunan prabikinKejuruteraanKejuruteraan BangunanBangunan yang sebahagian besar daripada anggota strukturnya disediakan di kilang pembuat dan dibawa di tapak binaan untuk dipasangkan. Semua anggota binaan disambung dengan menggunakan kaedah sambungan tertentu. Sambungan bolt dan sambungan kimpal merupakan sebahagian daripada sistem sambungan yang diamalkan.
12345678910...

Kembali ke atas