Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.jar] | بنجر

Definisi : baris, deret, jajar;sebanjar 1. sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur;berbanjar berbaris, berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar;berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;membanjarkan menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; banjaran sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jar] | بنجر

Definisi : suku bangsa campuran yg berasimilasi drpd Melayu, Jawa, Ngaju, Maayan dan Bukit, yg berasal dr Kalimantan Selatan, Indonesia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.jar] | بنجر

Definisi : deret yg merupakan barisan lurus; baris: Pd ~ yg di tepi sekali, terdapat hanya dua puluh batang pokok getah. berbanjar berbaris; berderet: Kami berdiri ~ di hadapan guru sebelum masuk ke bilik darjah. banjaran sesuatu yg berbanjar; deretan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banjar


Pantun

PantunSumberTema
Perahu Banjar belayar malam, Di sana sini berjaja gula; Malu besar muka pun lebam, Meraba bini teraba mentua.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Perahu Banjar membawa jagung, Badai tiba banyak terbuang; Malu belajar kepala kosong, Sampai tua diperbudak orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau menampi berbanjar-banjar, Kalau mendekut bergalah-galah; Kalau berani pada yang benar, Kalau takut pada yang salah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Senyap sunyi orang di banjar, Kerana hari dah larut malam; Harap menanti abang belayar, Sampai kini masih kupendam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dapat udang dibuat bekal, Untuk dimakan di banjar lading; Teringat abang hatiku kesal, Kerana berjalan lama tak pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Baju hitam berketam halus, Mari tersangkut di alang panjang; Tubuh adik nan hitam halus, Seri gemala banjar yang halus.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan

Kembali ke atas