Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.ta.han] | بنتهن

Definisi : 1. sanggahan, sangkalan: kalau tidak ada ~, tentu benar tuduhannya; 2. suka membantah: ~ sekali anak ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.ta.han] | بنتهن

Definisi : apa-apa yg dikatakan utk membantah: Kalau tidak ada ~, kita luluskan saja usul ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DADAISME

Dadaisme ialah gerakan bantahan dalam seni,

yang dibentuk pada tahun 1916 oleh sekumpulan

pelukis dan pemuisi di Zurich, Switzerland. Dadais

membantah apa yang mereka percaya ialah

konsep yang telah ketinggalan zaman dalam seni,

dan kejahatan yang mereka lihat berlaku dalam

masyarakat.

UMUM 
MUHAMMAD, ELIJAH

Muhammad, Elijah (1897–1975) merupakan

pemimpin gerakan Black Muslims di Amerika

Syarikat, iaitu organisasi kulit hitam yang

menggabungkan kepercayaan agama dan bantahan

sosial yang kuat. Dia menggalakkan pemisahan

orang kulit hitam daripada orang kulit putih dan

pembentukan sebuah negeri atau wilayah kulit

hitam.

UMUM 
THOREAU, HENRY DAVID

Thoreau, Henry David (1817–1862) ialah

penulis Amerika yang dikenang kerana

bidasannya terhadap institusi sosial yang

dianggapnya tidak bermoral, dan kepercayaannya

terhadap kepentingan agama dalam alam semula

jadi. Esei “Civil Disobedience” merupakan

bantahan sosial Thoreau yang paling terkenal.

Walden, kajian tentang manusia di alam semula

jadi menaikkan reputasi Thoreau dalam bidang

kesusasteraan.

UMUM 
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
PERISTIWA NATRAH

PERISTIWA NATRAH, rusuhan yang berlaku di Singapura pada tahun 1950.  Rusuhan ini berlaku kerana bantahan orang Islam Singapura terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Singapura yang membatalkan keislaman Natrah, seorang gadis Belanda, yang telah menganut Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa

Kembali ke atas