Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ban.tai] | بنتاي

Definisi : ; membantai 1. menyembelih, memotong: ~ kerbau; 2. memukul, menghentam: dibantainya orang itu dgn laras senapang; 3. bp makan, menggasak (makanan): apa yg ditunggu lagi, mari kita bantai apa yg sudah dimasak;bantaian 1. landasan tempat menyembelih (binatang); 2. binatang yg disembelih: kerbau ~; 3. pukulan, hentaman;pembantaian 1. perihal menyembelih; 2. tempat menyembelih (binatang);pembantai orang yg menyembelih, tukang sembelih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ban.tai] | بنتاي

Definisi : daging (binatang yg disembelih). membantai 1 memotong leher binatang; menyembelih: ~ kerbau. 2 mengenakan pukulan yg kuat dgn benda-benda keras atau berat; memukul; menghentam: Ia ~ anjing yg menerkamnya itu dgn kayu. pembantaian 1 perbuatan atau hal membantai. 2 tempat membantai atau tempat menyembelih. pembantai orang yg menyembelih; tukang sembelih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bantai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, Mana peribahasa yang betul? 'Bagai kucing tidur di bantai' atau 'bagai kucing tidur di bantal'? Di database DBP pakai 'bantai'. Mohon pencerahan. Terima kasih.

Peribahasa yang betul ialah "Bagai kucing tidur di bantai".  Peribahasa ini membawa maksud hidup senang dan mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam bertelur di atas padi). bantai = daging binatang yang disembelih.

Lain-lain15.07.2019
Salam sehati sejiwa. Hari Mantai kebiasaannya disambut oleh penduduk di beberapa daerah di negeri ini termasuk Seremban, Rembau, Jelebu, Jempol dan Tampin. Jadi istilah yang betul Hari Mantai ke Hari Bantai? Perkataan mantai tiada dalam istilah DBP. Mohon pencerahan. http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120728/re_11/Kekalkan-tradisi-Hari-MantaiSelamat pagi.

Perkataan Mantai merupakan dialek Negeri Sembilan. Walaupun perkataan tersebut dalam istilah DBP, pihak tuan/puan tidak dibenarkan menukar perkataan tersebut dengan perkataan lain. Sekian, terima kasih.
Istilah05.06.2016

Kembali ke atas