Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tenaga (kata nama)
Bersinonim dengan kekuatan, daya, reng, keupayaan, kemampuan, kebolehan, kekuasaan, kesanggupan, kesediaan, kudrat;,
Kata Terbitan : bertenaga,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
photochemical reactiontindak balas fotokimiaKejuruteraanTiadaTindak balas yang berlaku dalam atmosfera dengan bantuan tenaga cahaya matahari.
flowing welltelaga mengalirKejuruteraanPetroleumTelaga yang berpengeluaran dengan hanya menggunakan daya pemacu dan tekanan reserbor semula jadi yang terdapat di dalam reserbor berkenaan, iaitu tanpa bantuan tenaga buatan seperti menggunakan pam, angkat gas atau kaedah angkat buatan yang lain-lain.
phototrophfototrofBiologiEkologiOrganisma yang menggunakan matahari sebagai sumber tenaga untuk mensintesiskan bahan organik, seperti karbohidrat dan protein, daripada karbon dioksida dan air dengan bantuan klorofil dan pelbagai enzim yang terdapat di dalam kloroplas, Misalnya, tumbuhan peringkat tinggi.
International Atomic Energy AgencyAgensi Tenaga Atom AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaA gensi yang ditubuhkan pada tahun 1957 dan mula beroperasi di ibu pejabatnya di Vienna. Matlamat utama agensi ini adalah untuk membantu negara dunia dan menyebarkan maklumat berkenaan penggunaan tenaga atom bagi tujuan keamanan. Agensi ini juga telah membangunkan sistem kawalan yang menghalang bahan-bahan atom daripada penggunaan ketenteraan. Selepas kemalangan nuklear di Chernobyl pada tahun 1986, agensi tersebut telah mengadakan dua perjanjian antarabangsa, iaitu Konvensyen Pemberitahuan Awal Kemalangan Nuklear dan Konvensyen Bantuan dalam Kes Kemalangan Nuklear atau Kecemasan Radiologi.
compressed airudara termampatKejuruteraanKejuruteraan MekanikUdara pada sebarang tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan atmosfera. Tekanan udara ditingkatkan dengan bantuan pemampat. Udara termampat digunakan untuk pemprosesan bahan, pernafasan dan pengudaraan, dan sebagai sumber tenaga dalam sistem pneumatik.
patron-clientpenaung-klienSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan dua hala yang tidak seimbang antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan simbiosis ini sukar dirungkai dalam masyarakat kerana sudah berlangsung lama dan diwarisi secara turun-temurun. Sinonim penaung-dinaung. Lihat juga sistem naungan.
broodingdidikanVeterinarTiadaTempoh unggas dipelihara selepas menetas hingga ia boleh hidup sendiri tanpa bantuan haba. Dalam tempoh ini, anak unggas dipelihara secara berkumpulan di dalam ruang tertutup yang diberi sumber haba. Suhu di dalam ruang ini ialah 37° C dan tempoh yang diperlukan ialah selama dua minggu selepas menetas. Alat pemanas yang digunakan ialah sama ada mentol berfilamen karbon atau mentol elektrik biasa, pemanas gas atau lampu ribut. Dalam tempoh tersebut, makanan yang diberikan mengandungi 3000 kcal/kg tenaga dan 22% protein. Dalam tempoh ini juga pemvaksinan dijalankan.
organisational supportsokongan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Tindakan dan usaha yang dilaksanakan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan atasan untuk menjamin kelangsungan serta kelancaran sistem pentadbiran sesebuah organisasi. Sokongan organisasi boleh dilihat dalam pelbagai bentuk, seperti sumber tenaga manusia yang mahir dan terlatih, kedudukan dan kekukuhan sumber modal, kelengkapan infrastruktur organisasi, bahan mentah atau material. Di samping itu, sokongan organisasi turut merangkumi bantuan sistem fail, pegawai pembantu atau pembantu penyelidik, fotokopi, mesin menjawab telefon, usaha mempertingkatkan dana, kemudahan internet, reka bentuk grafik, bilik sumber atau perpustakaan. Kemantapan dan kekuatan sokongan organisasi secara tidak langsung akan dapat mempertingkatkan kecekapan sesebuah organisasi. 

patronage systemsistem naunganPentadbiranPentadbiran Awam

Hubungan yang bergantung kuat kepada penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang, walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan pihak yang dinaung lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan pentadbiran yang terikat kuat dengan hubungan naungan. Ketua pentadbir dilihat sebagai patron manakala pekerja dilihat sebagai klien. Sistem penaungan ini banyak sekali diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila pentadbir menjadi penaung utama dalam pemerintahan atau pentadbiran daerah.

patronage systemsistem naunganSains PolitikPolitik PerbandinganSistem masyarakat yang bergantung kuat kepada hubungan penaung-dinaung. Hubungan ini bersifat tidak seimbang walaupun wujud dalam keadaan dua hala antara penaung yang lebih dominan dan berkuasa dengan dinaung yang lebih rendah dan lemah. Penaung memiliki kekayaan, modal dan kuasa manakala dinaung merupakan orang kebanyakan, lemah dan bergantung kepada bantuan penaung. Walaupun begitu, penaung juga dalam waktu tertentu memerlukan bantuan dinaung dalam bentuk sokongan, tenaga dan undi. Hubungan ini menggambarkan masyarakat yang memiliki segala aktiviti baik dari sudut sosial, ekonomi dan politik yang berlegar dalam hubungan yang sama. Semua anggota masyarakat sudah terikat dengan amalan ini sehingga dianggap sebagai budaya. Sistem penaungan ini diamalkan di Itali, Sepanyol, Pakistan dan India apabila tuan tanah menjadi penaung utama dalam masyarakat tersebut.
12

Kembali ke atas