Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hubungan banyak kepada banyakmany to many relationPadanan antara beberapa unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
bahagidivideProses mengagihkan bilangan sesuatu objek kepada kumpulan sama banyak atau berkongsi sama banyak. Simbol bahagi ialah ÷. Lihat ContohSekolah Rendah
kongsi sama banyakshare equallyMembahagi objek atau nilai sama banyak dengan orang lain. Lihat ContohSekolah Rendah
hubungan banyak kepada satumany to one relationPadanan antara beberapa unsur dalam domain dengan satu unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
hubungan satu kepada banyakone to many relationPadanan antara satu unsur dalam domain dengan beberapa unsur dalam kodomain. Lihat rajahMenengah Atas
nombor kardinalcardinal numberNombor yang menunjukkan berapa banyak sesuatu nilai atau jumlah seperti 1, 2, 3, ... .Menengah Rendah
borongwholesalePembelian atau penjualan barang secara pukal (banyak).Sekolah Rendah
kiloliterkilolitreUnit ukuran untuk menyukat jisim cecair yang banyak. Singkatannya ialah kl. 1 kiloliter = 1000 liter atau 1 m³.Menengah Atas
ganda duadoubleMenjadikan sesuatu nilai atau kuantiti dua kali lebih besar atau dua kali lebih banyak. Lihat ContohSekolah Rendah
garis lurus penyuaian terbaikline of best fitGaris lurus terbaik yang dilukis merentasi serakan plot untuk menentukan hubungan antara dua pemboleh ubah. Garis lurus ini melalui seberapa banyak titik yang mungkin dan titik-titik yang tidak berada pada garis, bilangannya adalah seimbang di kedua-dua belah garis. Lihat rajahMenengah Atas

Kembali ke atas