Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
lipancentipedeSejenis haiwan berkaki banyak. Lipan juga mempunyai bisa beracun yang boleh menyebabkan musuhnya mati.Sekolah Rendah
berisifleshySifat buah yang banyak isinya. Contohnya, buah mangga. Lihat RajahSekolah Rendah
aerenkimaaerenchymaSejenis tisu yang mempunyai banyak ruang udara antara sel yang terdapat pada akar, batang dan daun beberapa jenis tumbuhan akuatik.Menengah Atas
besiironLogam yang kuat, berkilat dan mempunyai banyak kegunaan. Besi merupakan konduktor elektrik dan haba yang baik.Menengah Rendah
tanamancropTumbuhan yang ditanam dalam jumlah yang banyak di ladang, dusun atau sawah. Contohnya, tanaman padi.Sekolah Rendah
sulfursulphurUnsur bukan logam berwarna kuning muda yang banyak digunakan dalam bidang perindustrian dan perubatan.Menengah Rendah
paru-parulungsOrgan pernafasan vertebrat. Organ ini mengandungi banyak alveolus yang menjadi tempat proses pertukaran gas. Paru-paru dikenali juga sebagai peparu.Menengah Rendah
organisma komplekscomplex organismOrganisma hidup yang terdiri daripada banyak sel (multisel). Contohnya, manusia.Menengah Rendah
makronutrienmacronutrientNutrien yang diperlukan oleh tumbuhan dalam jumlah yang banyak. Terdapat sembilan makronutrien, iaitu kalsium, magnesium, kalium, karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus.Menengah Atas
kelembapanhumidityKuantiti wap air yang terkandung di dalam udara. Semakin banyak wap air dalam udara semakin tinggi kelembapannya.Menengah Rendah
123

Kembali ke atas