Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TELUR

Telur ialah perkataan yang merujuk kepada telur

ikan, moluska, amfibia, dan haiwan-haiwan lain.

Biasanya telur demikian dikeluarkan banyak-banyak

kerana banyak daripadanya dimakan oleh haiwan

akuatik. Telur ini tidak mempunyai cangkerang dan

mesti diletakkan dalam air untuk mencegahnya

daripada kering. Telur ikan tertentu, terutamanya

sturgeon , digunakan untuk membuat kaviar .

Lihat juga Ikan (Bagaimana ikan membiak);

Kaviar; Salmon (Kehidupan salmon); Sturgeon.

Telur. Hampir semua haiwan mengeluarkan telur.

Tetapi hanya haiwan tertentu, seperti burung,

meneran telur keluar dari badan. Fungsi utama

telur untuk mengeluarkan anak.

UMUM 
SERA

Sera adalah mana-mana satu daripada famili besar

lalat kecil. Sera kelihatan seperti nyamuk halus,

tetapi sera sebenarnya tidak menggigit. Terdapat

kira-kira 2000 spesies sera. Sera mempunyai badan

yang kurus, dan kaki yang panjang kurus. Sera

jantan dewasa mempunyai sesungut yang berbulu.

Serangga ini sering keluar banyak-banyak pada

waktu senja.

UMUM 
RASA

Rasa ialah deria yang penting pada manusia dan

banyak haiwan. Rasa makanan membantu

menentukan apa dan berapa banyak yang kita

makan. Kita boleh menolak makanan yang rasanya

tidak disukai dan akibatnya diet kita mungkin tidak

seimbang. Deria rasa kita dipengaruhi oleh bau

benda. Apabila kita mendapat selesema dan

hidung kita tersumbat, sesetengah makanan

mungkin sama rasanya (lihat Bau ). Makanan

hendaklah lembap untuk dirasa. Jika lidah dan

makanan adalah kering, makanan tidak mempunyai

rasa.

UMUM 
ASID OKSALIK

Asid oksalik ialah asid organik kuat yang

didapati dalam banyak sayur-sayuran dan

tumbuhan lain. Ia banyak wujud sebagai garam

kalium dalam sap of dock dan tumbuhan lain

dalam kumpulan tumbuhan oksalis dan rumeks.

UMUM 
PHILODENDRON

Philodendron ialah nama bagi banyak spesies

dan jenis tumbuhan bak tumbuhan menjalar

berasal dari Amerika Selatan. Perkataan

philodendron bermakna pencinta pokok. Banyak

philodendron ditanam sebagai tumbuhan rumah di

atas tiang yang dibuat daripada lumut sfagnum,

kulit kayu, dan bahan-bahan lain. Tumbuhan ini

mengeluarkan akar di sepanjang batang dan akan

tumbuh pada tiang yang batangnya dibiarkan

lembap.

UMUM 
KEKABUH

Kekabuh ialah nama bagi banyak jenis kumbang

yang bermuncung panjang. Kekabuh terdapat di

mana saja wujud tanaman yang mengeluarkan biji,

dan ia terutamanya banyak terdapat di kawasan

tropika. Kebanyakan kekabuh berwarna malap.

Walau bagaimanapun, sesetengah kekabuh adalah

antara serangga yang paling berwarna-warni.

UMUM 
SUNGAI OHIO

Sungai Ohio ialah sungai yang kedua paling

banyak digunakan untuk tujuan komersial di Amerika

Syarikat. Hanya Sungai Mississippi mempunyai lebih

banyak kapal kargo yang melayarinya. Sungai Ohio

mengalir sejauh 1579 kilometer melalui beberapa

kawasan industri yang paling sibuk dan tanah ladang

yang paling subur di negeri itu. Ia memberi

perkhidmatan kepada lombong batu arang dan

kawasan pengeluar keluli yang utama.

UMUM 
KEKWA

Kekwa adalah mana-mana satu daripada

sekumpulan herba renek berbau kuat yang

tumbuh di banyak kawasan beriklim sederhana.

Pekebun menanamnya untuk bunganya yang

cantik dan banyak, yang biasanya kembang pada

musim luruh. Namanya Chrysanthemum dalam

bahasa Inggeris, berasal daripada dua perkataan

Yunani yang bermakna bunga keemasan. Banyak

bunga satu-satu membentuk setiap kuntum.

Bunga selebar 20 sentimeter boleh dihasilkan

dengan membuang tunasnya dengan cermat.

Kebanyakan kuntum tumbuh bergugus. Bunganya

berbeza-beza warnanya daripada putih atau

kuning hingga kepada samar atau merah.

UMUM 
STRUVE, OTTO

Struve, Otto (1897–1963) ialah ahli astranomi

Amerika yang banyak menyumbangkan kajian

tentang bintang. Dia terkenal terutamanya kerana

penyiasatannya tentang spektrum bintang. Struve

banyak membuat kajian tentang bintang dedua

spektroskopik, iaitu pasangan bintang yang hanya

dapat dikenal dengan menganalisis spektrum

cahayanya. Struve menentukan saiz dan jisim

bintang-bintang itu dengan mengkaji perubahan

berkitar garis spektrumnya daripada gelombang

biru kepada gelombang merah dan kemudiannya

berbalik kepada gelombang biru. Lihat Bintang

(Bintang dedua).

UMUM 
REMBRANDT

Rembrandt (1606–1669) ialah pelukis Belanda yang

teragung. Karya Rembrandt amat banyak dan para

sarjana menganggap bahawa dia telah menghasilkan

600 catan, 300 goresan, dan 1400 lukisan. Banyak

karya yang lain telah hilang. Tidak seperti sesetengah

pelukis agung yang lain, Rembrandt tidak menulis

sesuatu pun tentang seninya.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas