Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.nya/] | باڽق

Definisi : 1 besar jumlahnya: Sekarang ini ~ orang perempuan yg menjadi anggota polis. 2 jumlahnya; bilangannya: Saya tidak tahu berapa ~ wang yg disimpannya di bank. berbanyak-banyak dgn bilangan yg banyak: Patik ~ menjunjung kasih kerana anugerah tuanku kpd patik. membanyakkan menjadikan banyak: Projek ‘Buku Hijau’ bertujuan ~ bahan makanan. memperbanyak menjadikan lebih banyak: Utk ~ susu dan dagingnya, lembu itu telah dikacukkan. kebanyakan 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. pembanyakan perihal atau perbuatan membanyakkan. sebanyak sama banyak dgn: Wang saya tidak ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak

Puisi
 

Banyak-banyak bintang tinggi,
     Ada sebiji bintang tembaga;
Banyak-banyak orang di sini,
     Ada seorang berkenan di mata.


Lihat selanjutnya...(195)
Peribahasa

Menggeriak bagai anak nangui.

Bermaksud :

Banyak sekali. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai anak nangui). geriak = berkerumun banyak-banyak.

 

Lihat selanjutnya...(160)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
data relationshiphubungan dataTeknologi MaklumatTiadaJenis perhubungan antara entiti, iaitu satu ke satu, satu ke banyak, banyak ke satu dan banyak ke banyak.
many to manybanyak dengan banyakMatematikTiadaTiada
many-to-many correspondencepadanan banyak-dengan-banyakMatematikTiadaTiada
many-to-many correspondencepadanan banyak-dengan-banyakPendidikanTiadaTiada
Chargaff�s ruleperaturan ChargaffBiologiGenetikPeraturan yang mengatakan bahawa dalam DNA sesuatu spesies, bes adenina mesti sama banyak dengan bes timina dan bes guanina mesti sama banyak dengan bes sitosina. Pada masa yang sama, jumlah (A + G) mesti sama banyak dengan jumlah (T + C).
pleioblastouspleioblastusBiologiMikologiMempunyai banyak tunas atau cabang, misalnya spora liken yang mempunyai banyak tunas di seluruh permukaannya.
cell rich zonezon banyak selPerubatanTiadaSatu kawasan di tisu pupla gigi, di antara lapisan basal weil dan tisu-tisu pulpa lain, banyak mengandungi sel dan rangkaian kapilari. Sinonim: zon subodontoblas.
continuous functionfungsi selanjarKejuruteraanTiadaFungsi yang nilainya tidak banyak berubah apabila pemboleh ubahnya tidak banyak berubah.
continuous functionfungsi selanjarMatematikTiadaFungsi yang nilainya tidak banyak berubah apabila pemboleh ubahnya tidak banyak berubah.
backloglantukPentadbiranTiadaKeadaan kegentingan yang dihadapi oleh pekerja apabila terlalu banyak beban kerja yang terpaksa ditanggung, dan menyebabkan banyak kerja lain yang terbengkalai.
12345678910...

Kembali ke atas