Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah nak dapat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Haruslah air disauk,
     dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa,
     jauh berjalan banyak dilihat.

Bermaksud :

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Kita mesti banyak minum air kerana cuaca panas. 2. Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas. Adakah kata kerja mesti diikuti dengan kata nama? Terima kasih jawapan pihak anda.Ayat yang gramatis ialah "Kita mesti minum banyak air kerana cuaca panas". Berdasarkan contoh  ayat yang diberikan kata kerja mestilah diikuti dengan kata nama.Tatabahasa20.11.2019
Terjemahan English-BM mana yang lebih sesuai. English:What will happen to the plant if you give it too much water?BM1:Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu memberi terlalu banyak air? BM2:Apakah akan terjadi jika kamu memberi air yang terlalu banyak kepada tumbuhan?

Salam sejahtera,

Jawapan 1 (BM1) lebih sesuai kerana menepati maksud ayat dalam bahasa Inggeris. Jawapan BM2 pula menepati ayat " What will happen if you give too much water to the plant". Untuk lebih tepat lagi kata kerja "give" boleh diberi padanan dalam BM  "siram" atau "menyiram" bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contohnya, "Apakah yang akan terjadi kepada tumbuhan jika kamu menyiram terlalu banyak air?"

Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat DBP.

Lain-lain24.03.2010
Minta tolong semak susunan perkataan di bawah adakah betul:- 1. Disyorkan agar mengecat satu lapisan dasar, diikuti minima dua lapisan cat Dulux. (atau "diikuti dua lapisan minima cat Dulux) 2. Jika terkena mata, bilas segera dengan banyak air (atau "air yang banyak" dan dapatkan nasihat perubatan. Harap pihak tuan / puan boleh memberi nasihat / cadangan secepat mungkin. Sekian, James

1.  Disyorkan pengguna mengecat satu lapisan dasar, diikuti dua lapisan minimum cat Dulux 

2.  Jika terkena mata, bilas segera dengan air yang banyak dan dapatkan nasihat perubatan.

Tatabahasa05.04.2019
Salam sejahtera, 1. Apakah perbezaan antara limau dan oren ? 2. Kalau ada perbezaan,bagaimanakah kita dapat menjelaskan perbezaannya kepada murid ? Terima kasih.

"Limau" ialah buah yang berbentuk bulat, bulat leper atau bujur berulas, banyak air dan berasa masam-masam manis atau manis. Terdapat pelbagai jenis limau seperti limau bali, limau nipis, limau purut dan lain-lain lagi. "Oren" pula ialah buah yang sederhana besar, berkulit tebal berwarna jingga, berasa masam-masam manis, biasanya dimakan mentah dan dibuat jus. Secara keseluruhannya, tidak banyak perbezaan antara kedua-duanya.
Tatabahasa27.11.2022
Mana yang betul? 1. Bahan yang manakah paling banyak menyerap air? 2. Bahan manakah yang paling banyak menyerapa air? Apakah perbezaan kedua-dua ayat di atas?Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya dan boleh diterima pakai. Penggunaan perkataan "yang" dalam ayat pertama merupakan penegasan sahaja.Tatabahasa29.07.2009
Yang manakah antara ayat yang berikut bersifat gramatis: (a) Gangguan bekalan air itu telah menimbulkan banyak masalah kepada para penduduk. (b) Gangguan bekalan air itu telah banyak menimbulkan masalah kepada para penduduk.Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya. Tetapi ayat (a) lebih gramatis.Makna21.09.2006
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013
Salam sejahtera. Kedua-dua ayat di bawah ialah ayat tanya tanpa kata tanya? Sekian. 1. Adakah air hujan di dalam tangki itu banyak? 2. Tahukah anda air hujan itu untuk menyiram pokok?Ya. Ayat tanya tanpa kata tanya. Tatabahasa04.08.2021
salam, apakah terjemahan bagi haiwan akuatik 'water strider'? Adakah kumbang air? Terima kasih.

Nama lain water strider ialah pond skater.  Dalam buku istilah DBP maksud pond skater ialah "ayak-ayak".  Walau bagaimanapun dalam Ensiklopedia DBP maksud kumbang air

KUMBANG AIR

Kumbang air ialah nama yang diberi kepada

banyak famili kumbang yang hidup dalam air.

Kumbang air biasa ialah whirligig, kumbang selam

pemangsa, dan kumbang air raksasa pebangkai.

Sesetengah serangga ini hidup sepanjang

hayatnya dalam air. Yang lain hidup dalam air atau

berhampiran dengan air hanya pada peringkat

larva.

Penyemakan dan penterjemahan23.09.2014
Penggunaan Tatabahasa yang betul, adakah berkehendakan atau berkehendakkan?Berkehendakkan, iaitu berkehendak akan. Contoh ayat: Pokok padi berkehendakkan air yang banyak untuk hidup subur. Ejaan26.04.2011
123456

Kembali ke atas