Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata banyak air

Puisi
 

Satu dua tiga empat,
     Siamang rabun katak melompat;
Bubu dipasang merata tempat,
     Air banyak susah nak dapat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Haruslah air disauk,
     dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa,
     jauh berjalan banyak dilihat.

Bermaksud :

Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
bag filterturas begKejuruteraanTiadaTuras berbentuk beg yang diguna khusus untuk menuras campuran bahan mentah yang mengandungi banyak air.
spray aeratorpengudara semburKejuruteraanTiadaPeranti untuk menghasilkan titisan air ke udara bagi mendedahkan lebih banyak air sisa ke udara.
mechanical aerationpengudaraan mekanikKejuruteraanTiadaKaedah mengudarakan air sisa dengan menggunakan pengayuh berputar untuk mendedahkan lebih banyak air sisa ke udara.
peatgambutKejuruteraanPetroleumLonggokan berstruktur gentian, yang wujud secara semula jadi dalam batuan atau di celah lapisan batuan, yang berasal daripada zat tumbuh-tumbuhan. Longgokan ini mengandungi banyak air; berwarna di antara perang dengan coklat. Kelengasan asalnya di sekitar 95 peratus dan mencapai kira-kira 25 peratus apabila dikering-udarkan. Analisis kimia mengikut dasar bebas abu lagi kering, menunjukkan bahan ini mengandungi kira-kira 55 peratus – 65 peratus, 6 peratus hidrogen dan 30 peratus – 35 peratus oksigen. Bakinya adalah nitrogen dan sulfat. Dalam keadaan kering bahan ini berkalori antara 16 – 20 Mjoule/kg. Longgokan ini terjadi hasil pembatuarangan gred rendah.
aquicludeakuikludHidrogeologiTiadaLapisan, formasi, atau kelompok formasi tepu yang mengeluarkan sedikit air ke parit, perigi, mata air dan rembesan. Ini bertentangan dengan akuifer yang mengeluarkan banyak air.
water wet rockbatuan basah airKimiaTiadaBatuan yang butirannya lebih mempunyai daya tarik terhadap air sehingga lebih banyak air yang bersentuhan dengan permukaan butiran daripada bendalir-bendalir lain yang terdapat bersama-sama di dalam ruangan antara butirnya. Hal ini berlaku apabila sudut sentuh titis air pada butiran batuan berkenaan secara relatif kecil (diukur dalam fasa air) sehingga daya rekatannya lebih tinggi dan keterbasahan butiran tersebut terhadap air juga menjadi labih tinggi.
water wet rockbatuan basah airKejuruteraanPetroleumBatuan yang butirannya lebih mempunyai daya tarik terhadap air sehingga lebih banyak air yang bersentuhan dengan permukaan butiran daripada bendalir-bendalir lain yang terdapat bersama-sama di dalam ruangan antara butirnya. Hal ini berlaku apabila sudut sentuh titis air pada butiran batuan berkenaan secara relatif kecil (diukur dalam fasa air) sehingga daya rekatannya lebih tinggi dan keterbasahan butiran tersebut terhadap air juga menjadi labih tinggi.
root hairakar rambutBiologiEkologiAkar halus yang terdiri daripada satu lapisan sel epidermis. Dindingnya nipis dan bersentuh rapat dengan butir tanah. Akar rambut terdapat dengan banyaknya di hujung akar muda. Akar ini dapat menambahkan luas permukaan akar supaya lebih banyak air dan mineral dapat diserap dari tanah. Akar ini boleh hdiup beberapa hari sahaja.
water intakepengambilan airVeterinarTiadaJumlah air yang diperoleh oleh ternakan melalui minuman dan kandungan kelembapan di dalam makanan. Jumlah pengambilan air bergantung kepada jenis makanan yang dimakan, iklim dan tahap fisiologi ternakan. Dalam cuaca panas, haiwan akan mengeluarkan air lebih banyak melalui perpeluhan dan peruapan. Dalam keadaan ini, jumlah air yang diperlukan adalah tinggi. Selain itu, haiwan yang menghasilkan susu dan haiwan yang memakan konsentrat juga memerlukan jumlah air yang tinggi. Bagi ternakan seperti lembu dewasa, ia berkemungkinan memerlukan sehingga 50 liter air sehari manakala ayam dewasa pula memerlukan lebih kurang 200 ml air sehari. Biasanya, pada cuaca panas, haiwan memerlukan lebih banyak air sehingga 2-3 kali ganda daripada keperluan biasa untuk menampung keperluan harian.
polyuriapoliuriaVeterinarTiadaKeadaan apabila urin banyak dan kerap dikeluarkan. Poliuria boleh berlaku apabila air banyak diminum ataupun disebabkan oleh penyakit seperti diabetes melitus dan penyakit ginjal polisista.
12345678910...

Kembali ke atas