Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam dan terima kasih kerana membantu. Adakah ayat-ayat berikut gramatis? "Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah adalah penting, terutamanya pada mulanya. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat. Semakin ringkas struktur kempen anda, semakin efisien dan berkesan struktur itu akan menjadi."Ayat yang betul:

1. Sentiasa mencuba dan tetap menggunakan cara yang mudah merupakan perkara penting, terutamanya pada peringkat permulaan.

2. Semakin ringkas kempen, semakin efisien dan berkesan.

3. Akan terdapatnya banyak bahagian yang bergerak, tarikh akhir yang sukar untuk ditepati dan matlamat yang hebat - Ayat ini tidak dapat difahami, sila berikan padanan jika diterjemahkan daripada bahasa Inggeris untuk kami lihat kesesuaian konsepnya sebelum memberikan jawapan yang tepat.
Lain-lain04.09.2019
soalan 1. Padi yang dibajainya subur A. Menghijau B. kehijauan 2.Apakah perbezaan antara memotong,mengerat,memangkas,mencantas ,membelah 3.Baju ini engkau yang beli.jadi tentulah baju ini A. milikku B.milikmu C.milikkau D.miliknya apakah jawapannya. 3. perbezaan menyusuri,merentasi,melintasi,meredah1. Padi yang dibajainya subur menghijau.
2. Memotong sama maksudnya denga mengerat dan memangkas sama maksudnya dengan mencantas, manakala membelah bermaksud memecahkan (membahagikan) menjadi dua atau banyak bahagian.   
3. Baju ini engkau yang beli. Jadi tentulah baju ini milikmu/milikkau.
4. Menyusuri bermaksud berjalan mengikut tepi, merentasi sama maknanya dengan melintasi dan meredah bermaksud menempuh.
Tatabahasa01.05.2012
Kementerian saya telah menukar nama bahagian dari Bahagian Penguatkuasa ke Bahagian Enforcement. Adakah dibenarkan untuk menggunakan bahasa rojak sebegini di pejabat Kerajaan?Frasa nama yang betul ialah Bahagian Penguatkuasaan dan istilah ini telah mantap dan banyak digunakan di jabatan-jabatan kerajaan seperti di pihak berkuasa tempatan. Seperti yang tuan sedia maklum penggunaan frasa Bahagian Enforcement adalah salah salah dari segi struktur bahasa Melayu kerana adanya percampuran bahasa (bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam satu frasa). Pejabat kerajaan termasuklah dalam dokumen dan penamaan hendaklah menggunakan bahasa Melayu yang betul.Lain-lain24.02.2014
Assalamualaikum.... Saya Telah Membuat Pembetulan Pada Bahagian Nombor Telefon Sebagaimana Yang Telah Dimaklumkan...Mohon Semakan Semula Adakah Papan Tanda Terbaru Ini Boleh Digunakan?Terima Kasih Banyak-Banyak...Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Tatabahasa01.10.2015
Salam hormat, saya ingin tahu adakah perkataan "begitu", "banyak"dan "belaka" digolongkan dalam tatabahasa Kata Penegas? Terima kasih.Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.Tatabahasa22.05.2013
'Murid-murid tidak mahir dalam penguasaan ayat di bahagian karangan. Terdapat banyak aspek kesalahan yang ditemui terutamanya pada bahagian kata tugas'. . Betulkah penggunaan kata 'di bahagian' dan 'pada bahagian' dalam ayat ini?Terima kasih.Ayat yang dicadangkan ialah "Murid-murid tidak mahir membuat ayat dalam karangan."Tatabahasa24.09.2013
1. Mendatangkan banyak manfaat ATAU banyak mendatangkan manfaat. Mana satu betul,dan apakah rasionalnya? 2. Cara penggunaan 'Sehubungan dengan itu'

Kedua-duanya bagi frasa mendatangkan banyak manfaat dan banyak mendatangkan manfaat adalah betul dan boleh digunakan.

Penanda wacana sehubungan dengan itu... biasanya digunakan pada bahagian perenggan isi yang mempunyai kesinambungan dengan ayat yang dinyatakan sebelum ini. Berfungsi sebagai kesatuan dan perpautan yang lengkap bagi menyampaikan  sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis mahupun berucap.

Tatabahasa30.05.2021
Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan?
Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah.
Tatabahasa07.04.2017
Apakah maksud cabang? Terdapat pelbagai maksud bukan? Apakah maksud cerah?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, cabang bermaksud 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas; ~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol; Manakala cerah pula bermaksud 1. terang (bkn hari, bulan, lampu, langit, dll): hari sudah ~; 2. jernih (bkn kaca dll); 3. tidak hitam, agak putih (bkn kulit): kulitnya ~; 4. berseri, tidak muram (bkn rupa muka): wajah Cikgu Seman belum ~ betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah ~; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu ~ sikit; ~ ceria terang lagi bersih (bkn udara, cuaca, dll); ~ kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);Lain-lain04.09.2010
Ayat berikut yang manakah betul? 1. Cara ini banyak berfaedah kepada murid. 2. Cara ini berfaedah banyak kepada murid. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Cara ini banyak berfaedah kepada murid" berbanding ayat "Cara ini berfaedah banyak kepada murid". Hal ini disebabkan oleh maksud perkataan yang hendak diberi penekanan/penegasan harus diletakkan di bahagian hadapan kata penyambut, iaitu " banyak berfaedah". Terima kasih.Tatabahasa05.06.2014
123456789

Kembali ke atas