Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
lombohon Kdbatang buluh yg paling panjang pada bahagian sompoton.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
korandabit Kdbahagian alat muzik sompoton yg terdiri daripada buluh sumbiling yang kedua dan ketiga panjang.Sompoton boleh dibahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua. Bahagian pertama terdiri dari lombohon satu, lombohon dua, korandabit bawah dan atas, kombitan dan lidah. Ianya diperbuat dari buluh jenis sumbiling yang banyak terdapat di daerah-daerah sekitar Ranau hingga ke Keningau Sabah.Sompoton erat kembali talian suami isteriGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
peridi Ibbanyak anak, rapat beranak (berkenaan ayam dan manusia).Aya Munggu Embawang pun turut mengambil bahagian. “Sama ada seseorang itu peridi atau tidak terserah pada kemampuan tubuh badannya. Kalau badan tidak begitu subur, orang itu akan mandul. Tiada cara untuk memberhentikan wanita melahirkan anak kecuali mereka berhenti tidur dengan lelaki. Satu lagi cara ialah mencari ubat supaya membolehkan perempuan itu tidak beranak.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bungkas I Mrsejenis hiasan pada pakaian tradisional suku kaum Murut yang diletakkan pada bahagian pinggang.Kau tau tak, kau dah menolak tuah tadi? Kau tau tak, apa yang mereka bawa tadi? Huh! Macam tatamong untuk anak dara! Punyalah banyak buah-buah manik bungkas dan manik lalasu yang mereka bawa!Antologi Cerpen Dukanya AbadiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
balung Bj Smsejenis obor-obor yang berbisa (tidak boleh dimakan).Balung atau ubur-ubur selalunya banyak dan bermusim pada bulan Ogos hingga November setiap tahun. Mereka suka berenang di permukaan laut yang berair jernih. Kelajuannya boleh mencapai 4 knot. Warnanya putih dan kadang-kadang macam warna air susu. Ia boleh disebarkan oleh angin dan ombak. Mereka tinggal di semua bahagian laut, jelas Pak Hilun sambil memandang Minarni.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas