Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lap windingbelitan tindihTeknikElektrikBelitan angker dalam mesin elektrik yang penghujung setiap gegelungnya berbalik semula ke penukar tertib pada ruas yang bersebelahan. Gegelung ini bertindih di antara satu sama lain dan mempunyai banyak bahagian selari di antara dua berusnya. Belitan tindih digunakan untuk mesin voltan rendah. Sinonim belitan selari.
bucklekancing; lengkok; geledingPerpustakaanTiada1. Geleding: Dalam proses jilidan, kedutan yang banyak pada bahagian kepala dan belakang bahagian-bahagian yang berlipat.
aerial partbahagian aerialVeterinarTiadaBahagian paling atas pada pokok yang sifatnya lebih muda, mengandungi lebih banyak protein dan kurang berserabut berbanding dengan bahagian-bahagian lain yang lebih tua. Bahagian ini digunakan sebagai sumber makanan ternakan. Contohnya, pucuk tebu dan pucuk jagung. Bahagian ini boleh terus digunakan atau diproses sebelum diberi kepada ternakan.
cornicebirai hiasKesenianSeni Bina1. Hiasan yang terdapat di bahagian atas tiang yang juga berfungsi sebagai penyokong bumbung. Ia terletak pada bahagian yang dinamai entablatur. Hiasan ini banyak terdapat pada zaman seni bina klasik. Lihat juga entablatur. 2. Corak atau hiasan timbul yang terletak secara mendatar pada bahagian-bahagian tertentu bangunan seperti di bahagian atas dinding yang berhampiran siling. Corak atau hiasan ini juga boleh diletakkan pada bahagian-bahagian lain seperti di atas kepala tiang, tingkap dan perabot. Birai hias boleh diperbuat daripada plaster Paris atau kayu.
formalismformalismeKesenianSeni BinaPendekatan dalam seni bina yang menekankan bentuk sesuatu bangunan. Arkitek yang menggunakan pendekatan ini sering menghubungkan unsur-unsur visual antara bahagian-bahagian bangunan dengan kerja-kerja reka bentuknya secara keseluruhan. Seni bina formalisme sangat mementingkan penggunaan garis dan bentuk-bentuk geometri. Formalisme pada bangunan moden banyak ditemui pada bangunan Bauhaus dan dalam gaya seni bina antarabangsa.
salutation (speech)kata penghormatan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian pendahuluan yang merupakan bahagian kedua dalam sesuatu struktur rasmi. Bahagian ini terletak di antara bahagian kata sapaan (ucapan salam atau selamat sejahtera) dengan bahagian pengenalan. Di bahagian ini, diberikan penghormatan kepada individu yang hadir dalam sesuatu acara. Penyusunan dan pemilihan kata penghormatan banyak bergantung pada sistem protokol dan hierarki. Sistem ini boleh berasaskan status sosial, taraf jawatan, atau keturunan yang diiktiraf oleh acara dan masyarakat. Dalam budaya masyarakat Malaysia, penyusunan kata penghormatan sangat diberikan perhatian. Bagi memastikan ketepatan susunan kata penghormatan, seseorang boleh mendapatkan nasihat daripada bahagian protokol Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Contohnya, sekiranya dalam majlis tersebut dihadiri seorang menteri, nama beliau perlu disusun paling atas dan gelaran yang diberikan ialah Yang Berhormat, manakala gelaran tuan puan pula diberikan kepada individu biasa dan individu awam yang disusun paling bawah. Bahagian perhubungan awam dalam sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberikan perhatian dalam aspek ini.
A horizonhorizon APertanianAgroteknologiBahagian paling atas tanah yang berwarna gelap dan mengandungi banyak bahan organik. Bahagian atas horizon A mengandungi humus serta bahan tanaman dan haiwan yang melalui proses pereputan. Bahagian tengah horizon A mengandungi bahan galian setelah larut lesap tanah liat, unsur ferum dan aluminium. Horizon A ini sesuai untuk dijadikan media pemasuan.
reticulumretikulumVeterinarTiadaBahagian kedua perut dan merupakan bahagian paling kecil serta terletak paling hadapan di bahagian keseluruhan perut haiwan ruminan. Di bahagian ini, berlakunya pencernaan oleh mikrob ke atas bahan berserabut. Organ ini juga banyak menyimpan air untuk digunakan dalam pencernaan.
solventpelaturKimiaBiokimiaBahagian larutan yang paling banyak atau sebatian yang biasanya berbentuk cecair dalam keadaan tulen, seperti larutan pepejal atau gas di dalam cecair.
plastomereplastomerBiologiHistologi dan SitologiBahagian sperma yang banyak mengandungi mitokondrion. kondriomer.
12345678910...

Kembali ke atas