secondary host | perumah sekunder | Biologi | Patologi | Perumah yang menjadi pilihan kedua sesuatu patogen atau vektor dalam keadaan tiada perumah utama, atau perumah yang bukan menghasilkan peringkat seks kulat yang menyerangnya. Banyak jenis rumput adalah perumah sekunder bagi banyak jenis patogen. |
many-sorted logic | logik banyak-jenis | Pendidikan | Tiada | Tiada |
interstellar molecules | molekul antara najam | Matematik | Tiada | Banyak jenis molekul yang dikesani di dalam awan molekul Bimasakti melalui penggunaan teleskop radio yang berdasarkan pancaran radio dari molekul itu sendiri. |
pink disease | penyakit cendawan angin | Biologi | Patologi | Penyakit pada batang dan cabang banyak jenis tumbuhan saka, misalnya getah, koko, mempelam, kopi dan teh, yang disebabkan oleh kulat Upasia (Corticium) salmonicolor. Gejala utamanya berupa pertumbuhan kulat berwarna merah jambu dan sering kali diikuti dengan pengeluaran lelehan pada bahagian yang terserang. |
polymictic rock | batuan polimik | Geologi | Tiada | 1. Batuan endapan berklas yang terdiri daripada banyak jenis batuan. 2. Batuan endapan berklas yang terdiri lebih daripada satu spesies mineral. |
stellar wind | angin najam | Matematik | Tiada | Aliran jirim yang terus-menerus dilecitkan oleh banyak jenis bintang, termasuk matahari. |
zineb | zineb | Biologi | Patologi | Nama am fungisid logam zink organik yang berkesan mengawal banyak jenis penyakit sayur-sayuran dan buah-buahan. Nama kimianya ialah zink etilena-bis-ditiokarbamat. |
ziram | ziram | Biologi | Patologi | Nama am fungisid logam zink organik yang berkesan mengawal banyak jenis penyakit sayur-sayuran dan buah-buahan. Nama kimianya ialah zink dimetil ditiokarbamat. |
specialization ratio | nisbah pengkhususan | Ekonomi | Tiada | Indeks untuk mengukur darjah pengkhususan pengeluaran sesebuah firma, semakin banyak jenis atau industri firma ini terlibat semakin kurang pengkhususannya. |
dazomet | dazomet | Biologi | Patologi | Nama am bagi bahan pewasap dalam perumusan granul yang berkesan terhadap banyak jenis perosak, misalnya nematod, kulat, dan serangga. |