bagaimana degan ayat ini, bolehkah diterima penggunaannya. Ayat : Ayah membeli durian dengan banyaknya. | Ayah membeli durian durian dengan banyaknya - ayat ini betul. | Tatabahasa | 27.09.2010 |
Kamus Dewan mencatatkan menaksir (= mentaksir) ialah mengira atau menghitung banyaknya sesuatu seperti harga dan lain-lain. Penaksiran (= pentaksiran) ialah perihal menaksir. Ada pendapat mengatakan bahawa Daftar Kata Bahasa Melayu (DKBM) lebih berwibawa dari segi ejaan. Persoalannya, mengapakah DKBM tidak menyenaraikan “mentaksir” dan “penaksiran” di bawah masukan taksir? hlm. 1660 – 1661. | Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi tidak menyenaraikan semua entri seperti Kamus Dewan. Walau bagaimanapun, pihak kami akan mengambil maklum tentang perkara ini untuk edisi seterusnya. | Istilah | 01.12.2009 |
berapakah kosa kata dalam bahasa malaysia | Tidak terkira banyaknya. Kosa kata bahasa Malaysia bertambah dari hari ke hari. Begitu juga dengan bahasa-bahasa lain kita tidak akan dapat satu bilangan yang tepat berapa jumlah kosa kata yang ada. | Lain-lain | 21.10.2009 |
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan | 1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman. | Makna | 14.12.2006 |
Salam sejahtera, adakah 'cendawan tumbuh selepas hujan' peribahasa? Pada pengamatan saya, ungkapan ini membawa makna 'muncul dengan banyaknya pada sesuatu ketika'. Maka, saya merasakan bahawa penggunaannya dalam ayat 'Masalah sosial umpama cendawan tumbuh selepas hujan dewasa ini' salah. Pada saya, penggunaannya yang betul ialah 'Pada era teknologi maklumat dan komunikasi ini, kafe siber muncul umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Balasan dan penjelasan tuan/puan amat saya hargai. Sekian. Kay Seven Bukir Mertajam, Pulau Pinang. | Kami bersetuju dengan pandangan tuan. Terima kasih. | Lain-lain | 20.12.2016 |
berapa banyak penggunaan huruf E dalam bahasa melayu | Penggunaan kata vokal e dalam kata tidak terhitung banyaknya sama ada duduknya di pangkal, tengah dan akhir kata. sila rujuk kamus (pelbagai kamus) untuk mendapatkan jumlah yang sebenar. | Lain-lain | 27.07.2009 |
Apakah kata majmuk atau kata ganda untuk perkataan " tipu " ? | 'Tipu' ialah kata kerja, untuk merujuk banyaknya kegiatan penipuan yang berlaku lazimnya disebut 'beberapa kes penipuan'. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
Saya ingin bertanya tentang maksud peribahasa “Bagai cendawan selepas hujan" | Bagai cendawan selepas hujan bermaksud sesuatu perkara yang wujud dengan banyaknya dalam waktu singkat. Contohnya :Dalam bulan puasa banyak gerai menjual makanan dibina seperti cendawan tumbuh. | Lain-lain | 06.10.2014 |
'sederetan kedai-kedai' adakah ayat di atas betul? terima kasih | Frasa yang betul ialah sederetan kedai, kerana sederetan telah menunjukkan banyaknya kedai. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
1. Perkataan manakah yang betul...PENAKSIRAN ATAU PENTAKSIRAN 2. Apakah maksud perkataan tersebut | Yang betul ialah penaksiran, iaitu mengira atau menghitung banyaknya sesuatu (harga dan lain-lain). | Makna | 07.10.2009 |