Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1. ayah; ibu ~ orang tua; 2. saudara lakilaki ibu atau bapa: ~ ngah; 3. panggilan kpd orang tua sbg tanda hormat kepadanya; 4. perintis jalan, pelopor: Dato’ Onn dapat dianggap ~ kemerdekaan Malaya; 5. Id orang yg dipandang sbg orang tua (spt guru, ketua kampung, dsb); ~ angkat orang yg tidak ada pertalian darah tetapi dianggap sbg bapa sendiri; ~ ayam a) ayam jantan; b) bapa yg tidak mempedulikan anaknya; c) lelaki yg memperdagangkan pelacur; ~ balar Tr kerbau jantan yg balar; ~ besar datuk; ~ cik a) adik laki-laki bapa atau emak; b) panggilan anak-anak kpd orang laki-laki dewasa; ~ kecil = ~ muda bapa cik; ~ saudara abang atau adik lelaki kpd ibu atau bapa; ~ Suci Paus (di Rom); ~ tiri suami emak (bukan bapa kandung); ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran isteri kerana perceraian, kematian dsb;sebapa mempunyai bapa yg sama (tetapi berlainan emak), seayah; berbapa 1. mempunyai bapa, berayah: sejak kecil lagi dia sudah tidak ~; 2. menganggap seseorang sbg bapa, berayah; 3. menyebut bapa;berbapakan mempunyai seseorang (yg berbangsa, berpekerjaan, bersifat, dsb yg dinyatakan) sbg bapa, berayahkan: ~ seorang Inggeris; ~ seorang polis; ~ seorang yg pembengis;kebapaan sifat sbg bapa, keayahan: dia menunjukkan sifat-sifat ~ yg tulen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.pa] | باڤ

Definisi : 1 orang tua kita yg lelaki; ayah: Sebelum keluar rumah, ia meminta izin ibu dan ~nya. 2 panggilan kpd orang lelaki yg dpt dianggap bapa dr segi usia: ~ hendak ke mana? 3 orang yg mula-mula menubuhkan sesuatu pergerakan serta banyak pula pengikutnya; pelopor: Beliau bolehlah dianggap sbg ~ kemerdekaan Malaysia. ~ saudara saudara lelaki kpd ibu atau kpd bapa sendiri: ~ tiri lelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita. ~ tunggal lelaki bergelar ayah yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa isterinya kerana perceraian, kematian dsb. berbapa mempunyai bapa: Asyraf tidak ~ sejak kecil lagi. berbapakan mempunyai seseorang sbg bapa; berayahkan: Saufi ~ seorang pejuang bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bapa

Puisi
 

Senggarang Batu Pahat,
     Emak garang bapa jahat;


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Kasih bapa sepanjang jalan,
     kasih anak sepanjang penggalan.

Bermaksud :

Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak. penggalan = potongan.

 

Lihat selanjutnya...(30)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
parental role conflictkonflik peranan ibu bapaPerubatanTiadaKekeliruan peranan sebagai ibu bapa terhadap krisis. Contohnya ibu atau bapa tunggal yang perlu memainkan peranan sebagai bapa dan ibu.
patriarchysistem patriakSejarahTiadaSistem masyarakat yang berasaskan kepada bapa sebagai ketua keluarga dan segala kekuasaan diwarisi berasaskan keturunan bapa atau nisab bapa.
patrilineal systemsistem patrilinealSejarahTiadaSistem masyarakat yang berasaskan kepada bapa sebagai ketua keluarga dan segala kekuasaan diwarisi berasaskan keturunan bapa atau nisab bapa.
العم‘ammuAgama IslamFiqhBapa saudara sebelah bapa.
بنت العمbintu ‘ammiAgama IslamFiqhAnak perempuan bapa saudara sebelah bapa.
parent child separationpemisahan anak daripada ibu bapaPergigianTiadaKaedah mengatasi masalah kanak-kanak yang tidak bekerjasama semasa prosedur rawatan dijalankan. Biasanya ibu bapa berada di samping kanak-kanak semasa rawatan pergigian dijalankan. Kanak-kanak akan membuat ragam dengan kehadiran ibu bapa mereka dan mengganggu kelancaran prosedur rawatan. Dengan kaedah ini ibu bapa diminta menunggu di luar bilik rawatan.
parental conflictkonflik ibu bapaKriminologiKeadilan JenayahKeadaan pertelingkahan, perbalahan atau persengketaan di antara kedua-kedua ibu bapa. Keadaan ini boleh memberikan kesan negatif kepada anak mereka. Contohnya, perbalahan ibu bapa dalam penceraian menyebabkan anak mengalami tekanan emosi yang mengakibatkannya mengambil dadah.
parental competencykewibawaan keibubapaanKriminologiKeadilan JenayahPenilaian tentang keupayaan atau kebolehan ibu bapa yang dibuat oleh orang lain terhadap mereka, dan penilaian ini dibuat untuk melihat kemahiran atau kebolehan ibu bapa dalam mengurus dan mengawal tingkah laku anak mereka. Ibu bapa juga dinilai tentang keupayaan mereka dalam mengukur keberkesanan diri sendiri sebagai ibu bapa.
nontraditional familykeluarga tak tradisiKejururawatanTiadaKeluarga yang ibu bapa tidak tinggal serumah disebabkan perceraian atau kematian. Oleh itu, anak akan tinggal dengan ibu atau bapa tunggal, nenek atau datuk, atau ibu bapa angkat.
inter-vivos trustamanah inter-vivosPentadbiran PerniagaanTiadaAmanah yang melibatkan orang yang masih hidup. Contoh: tabung amanah yang disediakan oleh seorang bapa untuk anaknya sewaktu bapa itu masih hidup.
12345678910...

Kembali ke atas