Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Barah pembunuh utamaNoorkhairiyati Mohd. AliDewan Masyarakat1 June 1994
BarahRose OsmanWanita1 April 1979
Barah perut boleh bawa mautMaznah HamidDewan Masyarakat1 February 1997
Lawatan Barah MemilukanFadzlina AmranDewan Kosmik1 February 1996
Jenayah perdagangan barah ekonomi modenAbdul Aziz IbrahimDewan Budaya1 July 1988
Politik wang: barah politikMohd. Zaid IbrahimDewan Masyarakat1 July 1994
Leukemia: sejenis barah darahMokhtar Abu BakarDewan Kosmik1 October 1994
Awasi tanda-tanda barah di tubuhRusydah Arief RoslamDewan Masyarakat1 October 1997
Kopi dan rokok punca barah PankreasZaharudin A. RahmanDewan Masyarakat1 April 1988
Penggunaan laser dalam rawatan barahRoosfa HashimDewan Masyarakat1 February 1988
12

Kembali ke atas