Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Apakah istilah bahasa Melayu yang setara dengan istilah bahasa Inggeris, "cancer survivor"? Adakah "pemandiri barah"? Terima kasih.Waalaikumussalam...
Istilah yang diberikan masih belum ada dalam data kami. Cadangan yang sesuai bagi cancer survivor ialah Pemandiri Kanser atau Pemandiri Barah.
Makna13.01.2018
Tuan/Puan, Saya ingin menerbit 15 siri buku-buku dalam Bahasa Malaysia untuk bacaan umum berkenaan dengan barah payudara. Setiap buku sebesar separuh kertas A4 yang berlainan tajuk mengandungi 20-40 mukasurat dengan gambar yang berwarna-warni. Saya berharap ini dapat siap sebelum acara kami pada 29 Oktober 2016. Mohon maklumbalas tuan/puan. Terima kasih.

Tuan boleh menghantar manuskrip yang lengkap kepada Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk diusahakan oleh Bahagian Penerbitan yang sesuai. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000/01/02 atau e-mel khalik@dbp.gov.my (Tuan Haji Khalik bin Sulaiam). Manuskrip lengkap mestilah mengandungi:

(i)   bahan awalan

(ii)  bahan teks

(iii) bahan akhiran 

Untuk mengetahui lebih lanjut akan maklumat yang perlu ada dalam setiap bahan itu, tuan boleh merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP. Setiap halaman manuskrip perlu diberikan nombor secara berturutan.

Setiap manuskrip yang dihantar ke DBP akan melalui beberapa peringkat penilaian dan hanya jika didapati sesuai baru boleh diterbitkan oleh DBP. 

Lain-lain01.09.2016
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Antara kemusykilan-kemusykilan yang saya hadapi termasuklah: (i) Sehubungan dengan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan, ‘bak kata pepatah’ tidak boleh digunakan dalam karangan. Sesetengah guru pula menegaskan bahawa pengikat kata (“………..”) tidak perlu digunakan ketika memasukkan peribahasa. (ii) Ungkapan ‘kuman menjadi barah’ dan ‘belukar menjadi rimba’ seharusnya digantikan dengan ungkapan ‘kudis menjadi tokak’. (iii) Penanda wacana ‘dengan sedemikian’ tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan. Semoga penjelasan tuan akan meleraikan kemusykilan-kemusykilan tersebut. Sekian, terima kasih. Munsyi K’Seven, Pulau Pinang.(i) Dalam buku Gaya Dewan, DBP di bawah tajuk penggunaan Tanda Petik. tidak menyenaraikan panduan penggunaan tanda petik bagi penggunaan peribahasa. Untuk penggunaan di sekolah atau dalam peperiksaan sila rujuk guru yang berwibawa.
(ii) Penggunaan peribahasa hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Justeru, kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam pertanyaan tuan kerana tidak ada maklumat tentang penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat. 
(iii) Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian".
Tatabahasa17.04.2015
Salam sejahtera. Dalam tatabahasa dewan m/s526, 'dan' juga merupakan penanda wacana, iaitu sebagai penghubung tambahan. Bolehkah pihak tuan memberikan contoh ayat supaya saya lebih memahami fungsi 'dan' sebagai penanda wacana? Sekian, terima kasih.

Saudara,

Contoh ayat adalah seperti yang berikut: Ahmad menghidap barah paru-paru. Doktor meramalkan Ahmad dapat hidup dalam tempoh tiga bulan. Dan, tiga bulan selepas itu, Ahmad pun meninggal.

Tatabahasa11.07.2010
Apakah beza antara doktor biasa dan doktor falsafah
Berdasarkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), terdapat perbezaan makna antara kata doktor dengan doktor falsafah, iaitu:

doktor
n 1 orang yg memiliki ijazah dlm bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, spt merawat orang sakit: Pemeriksaan doktor mengesahkan dia menghidap penyakit barah pd pangkal rahim.
2 gelaran atau panggilan bagi orang yg mempunyai kelayakan utk mengamalkan perubatan atau mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Dia teringat pd Doktor Rashid di Fakulti Perubatan.tBolehkah doktor terangkan apakah cara utk merawat penyakit tsb?
3 orang yg mendapat ijazah tertinggi dlm sst pengajian di pusat pengajian tinggi: Doktor Bahasa dan Kesusasteraan;

doktor falsafah ijazah tertinggi yg diberikan kpd sso siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yg menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yg terdiri drp para profesor.
Makna24.08.2023

Kembali ke atas