Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rah] | باره

Definisi : 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rah] | باره

Definisi : 1 sj penyakit bisul atau bengkak bernanah. 2 kanser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronic pain syndromesindrom nyeri kronikPerubatanTiadaKeadaan nyeri yang berlarutan atau berpanjangan dengan kesan psikologi. Keadaan ini biasanya terjadi disebabkan penyakit barah dan saraf kronik seperti barah pankreas, limpa, hati, tulang dan gaster.
Hydynophytum formicarumKepala berok, sarang semutPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Rubiaceae juga dikenali sebagai sarang semut. Bahagian akarnya membentuk struktur sarang semut. Tumbuhan ini hidup menumpang atas pokok dan bersimbiosis dengan semut. Daunnya tebal dan kecil. Akar yang telah dikeringkan digunakan untuk merawat ulser dalam usus, barah perut, barah buah dada dan mengubati kudis yang sukar sembuh.
Hydnophytum formicariumkepala berukHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Rubiaceae yang dikenali juga sebagai sarang semut. Bahagian akarnya membentuk struktur sarang semut. Tumbuhan ini hidup menumpang di atas pokok dan bersimbiosis dengan semut. Daunnya tebal dan kecil. Akar yang telah dikeringkan digunakan untuk merawat ulser usus, barah perut, barah payudara dan mengubati kudis yang sukar sembuh.
cancerbarahBiologiMikrobiologiPertumbuhan yang tidak terkawal dan merebak menjadi ulser dan tumur.
enchondromaenkondromaBiologiMikrobiologiBarah yang terdapat pada rawan di bahagian metafisis tulang silinder seperti tulang lengan dan betis.
carcinoma/carcinomatuskarsinomaBiologiMikrobiologiBarah sel epitium yang malignan.
carcinomatosiskarsinomatosisBiologiMikrobiologiPenyebaran barah primer daripada tapak asal kepada beberapa tapak yang lain.
oncogenesisonkogenesisBioteknologiTiadaPembentukan barah oleh virus onkogen.
carcinogenesiskarsinogenesisBiologiMikrobiologiProses pertumbuhan barah.
carcinologykarsinologiBiologiMikrobiologiKajian tentang barah.
123456

Kembali ke atas