Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ring] | باريڠ

Definisi : ; berbaring 1. merebahkan badan pd sesuatu (spt katil, bangku panjang, dsb) biasanya dlm keadaan menelentang: membaca buku sambil ~ di atas sofa; ~ mengiring berbaring dgn sisi tubuh kena pd lantai dsb; 2. = berbaring-baring merebahkan badan spt keadaan ketika tidur (utk merehat-rehatkan badan): selepas makan tengah hari, dia ~ di serambi rumahnya;bersebaringan berbaring bersama-sama di tempat yg sama;membaringkan meletakkan badan dlm keadaan berbaring: perempuan itu ~ anaknya di atas tikar;terbaring terletak (berada) dlm keadaan berbaring: sesudah dilanggar kereta dia jatuh ~ di jalan;perbaringan tempat berbaring (spt katil, pangkin, tilam, dsb): ketika itu aku di ~ kerana diserang demam kepialu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ring] | باريڠ

Definisi : ; berbaring berada dlm keadaan merata atau memanjang: Sementara menunggu waktu makan, ia ~ dahulu di atas katil. membaringkan meletakkan di atas bahagian yg panjang sekali; meletakkan memanjang: Beliau ~ anaknya di atas kerusi panjang. terbaring terletak memanjang: Ia jatuh ~ di atas jalan raya kerana dilanggar kereta. perbaringan tempat berbaring, spt katil dan pangkin: Dia mengelamun di ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baring


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pada waktu tangah hari, pekerja-pekerja itu (baring-baring dibawah pokok yang rendang. (Penggunaan perkataan (baring-baring) sesuai dalam soalan di atas atu tidak?)Perkataan yang betul ialah berbaring-baring, iaitu perbuatan merebahkan badan seperti keadaan ketika tidur (untnk merehat-rehatkan badan), dan kata baring-baring tidak ada konteks penggunaan rasmi.Tatabahasa07.07.2010
1.Bagaimanakah cara mengeja Yang dipertuan Agong dengan betul? 2. Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu baring-baring di bawah pokok yang rendang. Betulkah penggunaan baring-baring dalam ayat tersebut? Adakah salah jika kita menggantikannya dengan perkataan berbaring/ berbaring-baring? 3. Segala apa yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya. Bolehkah "apa" digunakan dalam ayat tersebut?1.Ejaan yang betul ialah Yang di-Pertuan Agong.2. Perkataan baring-baring dalam bahasa baku perlu ditambah imbuhan beR- untuk menunjukkan perbuatan. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Pada waktu tengah hari, pekerja-pekerja itu berbaring/berbaring-baring di bawah pokok yang rendang. 3.Ayat 'Segala yang terjadi antara Akmal dan teman-temannya masih segar dalam ingatannya' tidak perlu ditambah dengan perkataan 'apa' kerana 'apa' merupakan kata tanya.Tatabahasa26.08.2007
Jabatan Perikanan Malaysia telah mencipta satu inovasi yang dipanggil Malaysian Acetes Efficiency Device. Alat ini merupakan peranti yang dipasang pada pukat untuk menangkap udang baring. Alat ini akan menyisih atau menyediakan lalauan untuk anak-anak ikan kelauar dari pukat. Di mana ia hanya memerangkap udang baring sahaja. Jadi apakah istilah yang sesuai dalam Bahasa Malaysia?Soalan saudara akan kami ajukan kepada bahagian Peristilahan.  Kemungkinan proses mendapatkan jawapan yang sesuai akan mengambil masa.  Jawapan akan dikirim melalui e-mel.  Terima kasihIstilah26.06.2014
Assalamualaikum. Sy ingin bertanya. Adakah perlu jarak selepas tanda baring miring (/) atau slash? Contohnya, tuan/ puan atau tuan/puan?Waalaikumussalam,
Selepas dan sebelum tanda '/', tiada jarak dan dieja rapat seperti "dibeli/sewa/pajak/pinjam", "tuan/puan".
Tatabahasa15.02.2019
Apakah perbezaan gerai dan warung?Tiada perbezaan makna yang ketara antara gerai dan warung. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) mentakrifkan:

gerai1

kata nama ruangan atau kedai kecil yg ringkas, biasanya mengandungi kerusi dan meja tempat meletakkan, mempamerkan atau menjual barang, makanan, pakaian dsb:
Di tepi jalan itu terdapat sederetan gerai yg menjual buah-buahan.◊gerai makan;◊gerai cenderamata;

2 tempat duduk atau tempat berbaring-baring yg dibuat drp kayu atau buluh, berbentuk spt meja rendah yg lebar, dan biasanya diletakkan di bawah pokok, di beranda dsb;

klasik pelamin.

gerai2 kata nama penggerai; kata kerja transitif  2 lihat menggerai;

warung kata nama kedai kecil tempat menjual makanan dan minuman: Dia mahu warung kopinya yg beratapkan rumbia dan berdindingkan anyaman buluh itu bertukar wajah menjadi bangunan drp batu konkrit.

Secara umumnya, warung menyediakan ruang untuk pengunjungnya bertemu, berbual, berehat dan sebagainya, biasanya menyediakan minuman dan makanan, manakala gerai pula merupakan ruangan yang terhad dan menjual barangan tertentu dengan kuantiti yang tidak banyak.
Makna13.04.2023

Kembali ke atas