Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ris] | باريس

Definisi : 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan pasukan: ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak; ~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati;sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan;berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ris] | باريس

Definisi : 1 deret yg merupakan susunan memanjang: Jarak di antara satu ~ dgn ~ lain ialah lima meter. 2 kumpulan huruf atau perkataan yg berderet dlm tulisan atau cetakan: Kamu baca muka surat 15, ~ yg ketujuh dr atas. 2 tanda bunyi dlm tulisan bahasa Arab. berbaris 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. membarisi berbaris di; mendereti. membariskan meletakkan atau mengatur berbaris; menderetkan; menjajarkan. barisan 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. perbarisan perbuatan berbaris atau berkawad oleh pasukan tentera dsb: Utk menyambut ketibaan Presiden Giri dr India, satu ~ pasukan tentera, pasukan polis dan juga murid-murid sekolah telah diadakan. pembarisan perbuatan, hal dsb membarisi atau membariskan. pembaris alat yg digunakan utk membuat baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baris

Peribahasa

Memahat di dalam baris,
     berkata dalam pusaka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan brkenaan sastera: 1.naksud sebenar rima akhir-pengulangan bunyi akhir atau huruf akhir baris puisi.saya keliru

Rima ialah skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Rima disebut juga mempunyai persamaan bunyi di hujung baris. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. 

Kekeliruan anda mungkin menyangka huruf akhir baris puisi  yang dinyatakan dalam sesuatu penerangan sama ada buku atau ceramah adalah sama dengan rima akhir dan pergulangan bunyi akhir. Sebenarnya rima akhir dan pergulangan bunyi adalah sama dan huruf akhir pula ada tanda yang digunakan untuk menunjukkan pergulangan bunyi atau rima seperti contoh di atas.  

 

 

Lain-lain15.02.2009
Selamat pagi. Adakah baris dan deret itu membawa maksud yang sama? "Paku itu dipasang dalam bentuk sembilan baris melintang dan sembilan baris menegak", adakah penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" betul dalam konteks ini? Terima kasih.Baris bermaksud banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain). Deret ialah baris yang panjang atau jajar. Oleh yang demikian, baris dan deret membawa maksud yang sama. Penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" dalam konteks ini betul.
Lain-lain21.01.2021
mencari pembayang pantunPantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman lampau. Pantun terdapat berbagai-bagai bentuk rangkapnya yang terdiri daripada dua baris, empat baris atau enam baris. Dalam pantun dua baris, pembayang pantun terletak di baris pertama. Dalam pantun empat baris, pembayangnya terletak dua baris awal, iaitu baris pertama dan kedua. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.03.2009
Mohon penerangan tentang aspek tanda baca iaitu tanda koma dan penggunaannya. Terima kasih.Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Tatabahasa23.07.2013
Dalam KD4, salah satu maksud sajak ialah persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll). Dalam "persamaan bunyi" yg dimaksudkan itu, adakah semua barisan sajak itu sama bunyinya atau mempunyai pelbagai rima yg sama dalam satu sajak.Persamaan bunyi, disebut juga sebagai rima, iaitu skema atau susunan bunyi dalam baris-baris puisi. Rima akhir baris adalah susunan bunyi tertentu yang terdapat di akhir tiap-tiap baris dalam serangkap puisi. Baris susunan rima tersebut ditandakan dengan susunan huruf. Contoh, rima pantun setiap baris akhir ditandakan dengan susunan huruf a,b,a,b. Rima akhir atau susunan bunyi akhir syair pula ditandai dengan susunan huruf a,a,a,a. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk buku-buku berkenaan panduan menulis sajak yang terdapat di pasaran.Sastera17.09.2015
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang penggunaan tanda baca dalam penulisan pantun. pantun empat kerat: baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.) Adakah penggunaan tanda baca tersebut betul?Menurut data kami, penggunaan tanda baca yang betul dalam penulisan pantun ialah baris pertama diakhiri tanda koma (,) baris kedua diakhiri tanda koma bertitik (;) baris ketiga diakhiri tanda koma (,) baris keempat diakhiri tanda nota (.)Lain-lain12.09.2019
Panduan penggunaan huruf besar bagi kata nama khas yang tekiniHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa21.04.2014
Anggun's Literature SEL 2.50 PTG Apa pula maksudnya kalau diasingkan baris demi baris. Contohnya, maksud 'Kelip-kelip kusangka api' Adakah membawa maksud fitnah?“Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya” ialah pembayang maksud pantun. “Hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya” pula ialah maksud sebenar yang hendak disampaikan. Pembayang maksud sebaiknya menggunakan bahasa simbolik atau berkias yang berkaitan dengan unsur alam yang mampu menggambarkan keperibadian bangsa Melayu yang suka menyatakan sesuatu maksud secara berselindung dan berkias untuk menyatakan maksud sebenar.Lain-lain06.06.2017
saya ingin tahu tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayat.Huruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
Saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar di tempat yang betul di dalam ayatHuruf besar digunakan pada permulaan setiap kata nama khas termasuk nama orang, nama tempat, nama institusi dan sebagainya; pada permulaan kata di pangkal ayat; pada permulaan kata cakap ajuk; dan pada permulaan baris-baris puisi.

Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, muka surat 80 untuk mengetahui penggunaan huruf besar selanjutnya.
Tatabahasa24.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas