Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ris] | باريس

Definisi : 1. banjar atau deret yg merupakan garis lurus (pokok, huruf, dll): dia menangis setelah membaca dua tiga ~; 2. ark = barisan pasukan: ~ Sipahi; 3. bp = berbaris: askar itu sedang ~; 4. garis, gores: perkataan yg diturunkan pd kad harus dibubuh ~ di bawahnya; 5. tanda vokal dlm bahasa Arab; ~ di atas fathah; ~ di bawah kasrah; ~ di hadapan dammah; 6. = ~ sajak deret (untaian) kata-kata yg merupakan satu bahagian drpd bait dlm sajak; ~ gilir (Komp) kumpulan atau senarai tindakan, kerja, dll yg tersusun dlm satu baris untuk diproses satu persatu; ~ laksamana garisan yg dianggap mempunyai hikmat; ~ mati tanda bunyi mati;sebaris (berada) dlm satu baris, sederet: rumahnya terletak ~ dgn rumah kakak iparnya;menyebariskan menyusun atau meletakkan sesuatu sebaris: ~ ubin di sepanjang tepi tembok;penyebarisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebariskan;berbaris 1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;membaris 1. sl berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris yg tertentu; 2. merupakan baris; 3. menembak: kemudian ditariknya meriam, dibarisnya kpd Panglima Selampit;membarisi 1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;membariskan 1. menyusun (mengatur) dlm barisan; 2. menyuruh (melatih) berjalan dlm barisan; 3. membuat baris dgn sesuatu: ia ~ dakwat merah di buku itu; 4. membubuh (meletakkan) baris (pd tulisan Arab): ~ huruf-huruf al-Quran supaya mudah dibaca; 5. mengemukakan: pengarah itu ~ artis-artis baru dlm filem arahannya; ia hanya ~ Dharmawijaya bersama-sama A. Samad Said, Salmi Manja, A. Wahab Ali, Kemala dan Jihaty Abadi;barisan 1. banjaran, deretan, jajaran: ~ bukit; 2. pasukan: ~ pemain Malaysia; ~ penyerang; 3. pertubuhan (pergerakan) yg ditubuhkan dgn tujuan dan peranan yg tertentu: B~ Pembebasan Palestin; ~ belakang pasukan yg berada di garis belakang pertempuran; ~ depan pasukan yg berada di garis depan pertempuran; ~ kehormatan pasukan utk menghormati kedatangan orang besar; ~ pemadam kebakaran Id pasukan ahli bomba; ~ teras Id pasukan induk;perbarisan 1. perihal berbaris: upacara ~ tamat latihan tentera; 2. kumpulan orang yg berbaris: memeriksa ~; ~ raksasa; ~ raksasa perbarisan yg diadakan secara besar-besaran;pembaris = kayu ~ kayu lurus bersenggat yg dipakai utk membuat baris atau mengukur sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.ris] | باريس

Definisi : 1 deret yg merupakan susunan memanjang: Jarak di antara satu ~ dgn ~ lain ialah lima meter. 2 kumpulan huruf atau perkataan yg berderet dlm tulisan atau cetakan: Kamu baca muka surat 15, ~ yg ketujuh dr atas. 2 tanda bunyi dlm tulisan bahasa Arab. berbaris 1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang. membarisi berbaris di; mendereti. membariskan meletakkan atau mengatur berbaris; menderetkan; menjajarkan. barisan 1 apa-apa yg berbaris letaknya; susunan yg berbaris: Jangan lupa menulis tarikh di ~ bawah alamat tadi. 2 sekumpulan orang utk berperang; pasukan tentera: Maharaja Parsi telah menyusun ~ yg amat kuat utk menentang serangan dr luar. perbarisan perbuatan berbaris atau berkawad oleh pasukan tentera dsb: Utk menyambut ketibaan Presiden Giri dr India, satu ~ pasukan tentera, pasukan polis dan juga murid-murid sekolah telah diadakan. pembarisan perbuatan, hal dsb membarisi atau membariskan. pembaris alat yg digunakan utk membuat baris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baris

Peribahasa

Memahat di dalam baris,
     berkata dalam pusaka.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu menurut aturan yang semestinya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berbaris1 terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2 berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawad: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
berbaris1. terletak dlm baris-baris tertentu; berderet; berbanjar: Anak padi yg dicabut dr tapak semaian itu ditanam ~ di sawah. 2. berjalan atau bersenam beramai-ramai dlm baris-baris tertentu; berkawat: Selama dlm latihan, mereka diajar ~, menggunakan senjata dan juga berperang.Kamus Pelajar
berbaris1. tersusun dlm baris-baris tertentu, berderet, berbanjar, berjajar: di kiri kanan jalan itu ~ pohon-pohon getah; 2. berdiri (berjalan dsb) beramai-ramai dlm baris tertentu: mereka sedang belajar ~; 3. mempunyai (dibubuhi) baris (garis), bergaris: ayat yg ~ di bawahnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
lajur1 baris-baris panjang pd kain dll; jalur. 2 ruangan dlm surat khabar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
balok notbaris-baris melintang pd not muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
lajur1 baris-baris panjang pd kain dll; jalur.Kamus Pelajar
lajur1. baris-baris panjang pd kain dll; jalur. 2. ruangan dlm surat khabar.Kamus Pelajar
lajur1. deret (kedai, rumah, dll), baris, leret: Ruslan sedang asyik menarikan jari-jarinya di atas ~-~ huruf mesin taipnya; 2. baris­baris panjang (pd kain dll), jalur; 3. ruangan di antara dua baris, ruangan surat khabar; 4. barisan (pertahanan dll), garisan.Kamus Dewan Edisi Keempat
membarisi1. berdiri (berjalan dsb) dlm baris-baris tertentu: orang ramai ~ jalan utk melihat perarakan itu; 2. berada dlm deretan: beberapa biji jerawat ~ hidungnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
balok IIB 1. kayu balak; 2. tanda pangkat ketenteraan; ~ not baris-baris melintang pd not muzik.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas