Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rium] | باريوم

Definisi : (Kim) sj logam lembut yg berwarna putih perak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rium] | باريوم

Definisi : ist unsur logam beralkali yg berwarna putih keperak-perakan dan digunakan dlm pembuatan bahan pelincir dan aloi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barium


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barium poisoningkeracunan bariumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada garam barium seperti barium karbonat, barium hidroksida atau barium klorida, iaitu bahan yang digunakan dalam pestisid. Dos parah adalah lebih kurang I g. Had pendedahan ialah 0.5 mg/m3. Tanda utama keracunan ialah terketar-ketar, konvulsi, dan ritma jantung tak normal dan hipokalemia. Gejala akibat pengingesan atau kadang-kadang penyedutan termasuk otot muka dan leher tegang, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, otot fibril terketar-ketar, kerisauan, keadaan lemah, sukar bernafas. ketakseragaman denyutan jantung, konvulsi, dan mati ekoran kegagalan jantung dan pernafasan. Sebaliknya, penyedutan barium sulfat atau barium oksida pula boleh menyebabkan pneumokoniosis yang tidak berbahaya.
bariumbariumKimiaTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA (atau 2) jadual berkala, simbol Ba, nombor atom 56, berat atom 137.34, nombor pengoksidaan +2, takat lebur 710oC, takat didih 1500oC, terbentuk pepejal putih, tertempakan, mulur, sangat reaktif, beracun dan mempunyai tujuh isotop yang stabil. Sumber semula jadi barium ialah bijih barit dan witerit. Logam ini diperoleh daripada penurunan barium oksida dengan aluminium atau silikon dalam vakum pada suhu tinggi. Barium digunakan untuk pembuatan bahan pelincir, aloi dan sebagai pendeoksida.
barium sulphidebarium sulfidaKimiaTiadaSebatian tak organik, formula BaS, berbentuk serbuk kelabu dan larut di dalam air lalu terurai kepada hidrosulfida. Barium sulfida diperoleh daripada pemanggangan barium sulfat dengan arang batu dan digunakan sebagai bahan pelambat nyala, dan untuk pembuatan cat berkilau. Nama umumnya ialah abu hitam.
bariumbariumGeologiTiadaTiada
bariumbariumPerubatanTiadaTiada
bariumbariumKimiaTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA jadual berkala, simbol Ba, nombor atom 56, dan berat atom 137.34.
bariumbariumPertanianTiadaTiada
bariumbariumKimiaTiadaTiada
bariumbariumKejuruteraanTiadaUnsur logam bumi beralkali dalam kumpulan IIA jadual berkala, simbol Ba, nombor atom 56, dan berat atom 137.34.
bariumbariumKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas