Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ru] | بارو

Definisi : belum lama lagi; tidak ada sebelumnya: Tahun ini murid-murid ~ ada empat puluh orang. membarui 1 membetulkan atau membaiki semula supaya jadi spt baru: Mereka sedang ~ jambatan yg roboh itu. 2 membuat sekali lagi: Guru itu tidak mahu ~ soalan yg telah diucapkannya tadi. pembaruan perbuatan membarui: Mereka hendak membawa satu ~ dlm cara mengajar di sekolah-sekolah menengah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ba.ru] | بارو

Definisi : nama sj pokok berbunga yg seratnya dpt dibuat tali, Hibiscus tiliaceus. ~ gunung nama sj pokok, Hibiscus similis. ~ landak nama sj pokok, Hibiscus mutabilis. ~ laut nama sj pokok Thespisia populnea. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)
Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(71)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
objek pakai ulang) Pemetaan semula suatu medium penyimpanan seperti sektor cakera, kerangka muka surat ingatan, dan pita magnet yang mengandungi satu atau lebih objek. Tujuan pemetaan ini untuk menerima data baru setelah memastikan tiada lagi data yang disimpan dalam objek berkenaan. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 37 6/6/11 4:01:38 PM 38 H hasil tambah semak (Ig. checksum laluan sekali cuba (Ig. one shot password; Br. kata laluan sekali cuba; Id. sandi lewat sekali coba) Kata laluan yang hanya sesuai digunakan apabila capaian jarang dilakukan. Kata laluan yang baru akan dijana selepas setiap sesi capaian berjaya. Penjanaan ini dilakukan berdasarkan penggunaan fungsi penyulitan satu hala yang ditentukan oleh pengguna. Pengguna akan memilih satu nombor rawak kecil N dan kata

Kembali ke atas