Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru baharu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. tolong berikan perbezaan penggunaan baru/baharu 2. berikan maksud teladan/tauladan

Kata baru atau baharu sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan rumah baru/baharu; tahun baru/baharu. Kata baru sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan baru tiba; baru-baru ini. Kata yang baku ialah teladan yang bermaksud perbuatan dll. yang patut diikut,contoh. Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1632. 

Tatabahasa31.05.2008
Tuan, Saya ingin menanyakan soalan iaitu apakah perbezaan antara perkataan 'baru', 'baharu',dan 'bahru'Menurut Kamus Dewan baru dan baharu sebagai kata adjektif kerap kita temui dalam ayat seperti rumah baru/baharu, kawan baru/baharu dan kereta baru/baharu. Walau bagaimanapun sebagai kata bantu perkataan baru sahaj digunakan seperti baru sampai dan baru sebentar tadi. Manakala perkataan bahru hanya ditemukan dalam penamaan tempat, iaitu Johor Bahru. Dan satu lagi bentuk ejaan yang ada bagi nama tempat ialah Kota Bahru. Hal ini tidak dapat diselaraskan kerana nama-nama tempat tersebut telah diwartakan.Ejaan11.07.2012
baru/baharukata sifat - baru/baharu kata bantu - baruTatabahasa04.12.2008
tolong jelaskan penggunaaan perkataan baru, baharu dan bahru.Baharu/baru sebagai kata sifat seperti dalam penggunaan tempat baharu/baru,tahun baharu/baruBaru sebagai kata bantu seperti dalam baru-baru ini,baru tiba.Makna04.02.2008
Perbezaan perkataa baru dengan bharu, tolong jelaskan.Perkataan baru atau baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan Baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai, baru-baru ini. Perkataan bharu digunakan seperti dalam nama bandar Kota Bharu. Tatabahasa03.01.2009
apakah beza perkataan 'baru' dan 'baharu'? bagaimana penggunaanya di dalam ayat? Terima kasih.Perkataan baru dan baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai,  baru-baru ini. Perkataan Bharu/Bahru digunakan  dalam nama khas sahaja iaitu, Kota  Bharu dan Johor Bahru.Tatabahasa06.10.2016
Salam sejahtera, Maaf kerana ingin bertanya, adakah perkataan 'baru' dan 'baharu' atau 'bahru' perkataan yang sama?, Mohon penjelasan dan huraian..Perkataan baru dan baharu sebagai kata sifat digunakan dalam konteks tahun baru/baharu, rumah baru/baharu. Perkataan  baru sebagai kata bantu digunakan dalam konteks baru sampai,  baru-baru ini. Perkataan Bharu/Bahru digunakan  dalam nama khas sahaja iaitu, Kota  Bharu dan Johor Bahru.Tatabahasa04.09.2014
MANA YANG BETUL AMANAT TAHUN BARU ATAU AMANAT TAHUN BAHARUMenjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif.
Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu.
Tatabahasa03.01.2013
yang mana satu betul? 1. Tahun baharu 2. Tahun baru Terima kasih.Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif.
Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu.
Tatabahasa16.02.2013
"Senarai Bahan Baru" dan "Senarai Bahan Baharu". Mana yang betul. Sekian, terima kasih.Menjawab persoalan saudara, "baru" dan "baharu" boleh digunakan. Perkataan baru atau baharu digunakan dalam konteks tahun baru/baharu; rumah baru/baharu. Perkataan tersebut dalam konteks ini ialah kata sifat atau adjektif.
Perkataan baru digunakan dalam konteks baru tiba atau baru-baru ini dan dalam konteks ini perkataan baru ialah kata bantu.
Lain-lain05.02.2014
12345678910...

Kembali ke atas