Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru baharu


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KULTUS

Kultus ialah kumpulan agama yang setia kepada

pemimpin yang masih hidup, ajaran baharu, atau

amalan yang luar biasa. Kultus berbeza-beza

saiznya daripada beberapa orang pengikut yang

hidup di bawah perintah pemimpinnya, hingga

kepada organisasi antarabangsa yang diarahkan

oleh rangkaian perintah yang kompleks. Kumpulan

seperti ini jarang menamakan diri mereka kultus

dan biasanya menolak istilah ini. Kebanyakan ahli

sejarah agama menggunakan istilah yang lebih

neutral, iaitu gerakan keagamaan baru, bukannya

kultus.

UMUM 
DATUK DAGANG

DATUK DAGANG, salah satu jawatan yang sangat penting dalam sistem pentadbiran tradisional Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Pemegang jawatan ini diberi tanggungjawab untuk mengendalikan hal ehwal orang dagang. Orang dagang merujuk orang Melayu yang baru menetap di kawasan tertentu di negeri-negeri Melayu. Mereka juga ialah para perantau, pengembara dan peneroka yang tinggal di kawasan penempatan yang baru dibuka atau menetap di kampung lain sebagai orang baharu.

     

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
RAFIDAH AZIZ, DATO' SERI

RAFIDAH AZIZ, Dato’ Seri (1943-      ), ahli politik, Ketua Pergerakan Wanita UMNO (1984-1996). Dia lahir pada 4 November 1943 di Selama, Perak. Dia menerima pendidikan rendah di Sekolah Melayu Kampung Baru dan Sekolah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur serta Zainab School, Kota Baharu, Kelantan. Dia meneruskan pelajaran menengah di Sekolah Convent Johor Baru, Johor dan Victoria Institution, Kuala Lumpur. Kemudian, dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi (1966) dan Sarjana Ekonomi (1970).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas