Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru baharu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freshsegar; bersih; baharuPentadbiran PerniagaanTiada1. Segar: Sesuatu yang baru dikeluarkan, baru tiba atau baru dipetik.,2. Bersih: Sesuatu yang tidak kotor atau dicemar.,3. Baharu: Sesuatu yang tidak buruk, lusuh, kumal dan sebagainya, belum pernah atau belum lama dipakai atau terpelihara dengan baik.
new townbandar baruSosiologiTiadaSatu kawasan baharu bertaraf bandar yang dirancang, lengkap dengan kemudahan perumahan dan peluang pekerjaan yang biasanya diwujudkan untuk mengatasi limpahan pembangunan atau sebagai pusat pertumbuhan.
new historicismpersejarahan baruKesusasteraanTiadaKajian sastera yang berfahaman bahawa karya sastera yang diberi makna baharu berdasarkan interpretasi dua konteks, iaitu konteks sejarah pengarang dan konteks zaman yang dikritik.
elaborative rehearsallatihan elaboratifPsikologiPsikologi UmumLatihan memproses maklumat secara mendalam untuk meningkatkan tahap ingatan. Dalam latihan ini, responden digalakkan untuk menghubungkan bahan baharu yang dibaca dengan sesuatu yang telah disimpan dalam ingatan. Sekiranya individu itu hanya mengulang ingat nama yang baru diberi, keberkesanannya tidak akan sama seperti sekiranya nama tersebut dikaitkan dengan nama yang telah ada dalam ingatan. Ingatan terhadap satu-satu nama akan menjadi lebih berkesan dengan menggunakan kaedah elaboratif berbanding sekadar mengulang ingatnya sahaja.
bone age determinationpenentuan umur tulangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk menentukan umur tulang manusia dan haiwan sama ada lama atau baharu dengan menentukan kandungan florin, nitrogen dan uranium. Tulang yang lebih tua mengandungi kadar florin dan uranium yang lebih tinggi berbanding kadar nitrogen. Kandungan yang tinggi ini mungkin juga disebabkan penyerapan air hujan ke dalam tulang melalui jangka masa yang panjang, manakala kandungan nitrogen dalam bentuk kimia akan terpecah. Tulang yang baru pula mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi manakala kandungan florin dan uranium amat kurang. Walau bagaimanapun, kaedah ini tidak dapat menentukan kronologi dan perbandingan (pentarikhan secara relatif) antara penemuan tulang di suatu tapak dengan tapak lainnya kerana bergantung kepada lingkungan dan keadaan tanah. Kesan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi ketiga-tiga unsur yang terkandung di dalam tulang.
mergerpercantumanSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menyatukan dua atau lebih pertubuhan, badan atau institusi kepada satu unit yang lebih besar. Percantuman ini akan menghapuskan entiti asal badan masing-masing dan ini membezakannya dengan konsep gabungan atau kerjasama. Dengan percantuman ini, satu badan yang baharu terbentuk tetapi di dalamnya terdapat beberapa badan yang pelbagai. Satu imej baru muncul dalam pertubuhan ini dan sekali gus meninggalkan ciri-ciri terdahulu. Contoh percantuman ialah penyatuan Parti Keadilan dengan Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat Malaysia pada tahun 2004.
guaranteed pawned itembarang gadaian terjaminEkonomiEkonomi IslamBarang yang belum diserahkan kepada pemilik yang dijadikan barang gadaian. Barang gadaian ini terdiri daripada barang yang terjamin, iaitu barang yang akan menjadi milik orang lain setelah diserahkan dan perlu diserahkan (dalam jaminan) kepada pemilik baharu tersebut tetapi masih berada di tangan pemilik asal. Contohnya, mahar yang masih di tangan suami atau wang tebusan khuluk yang masih di tangan isteri. Gadaian barang terjamin adalah harus kerana penggadai walau apa pun keadaan tetap perlu menyerahkan barang tersebut kepada pemilik baru.
implementing agencyagensi pelaksanaPentadbiranTiadaBadan yang ditugaskan untuk melaksanakan sesuatu projek sehingga matlamat tercapai. Agensi pelaksana terdiri daripada syarikat, jabatan kerajaan, kementerian, atau pertubuhan antarabangsa. Agensi ini biasanya merupakan badan profesional yang mengetahui selok belok projek yang ingin dilaksanakan. Contohnya, PLUS dalam usaha membina lebuh raya baru, Petronas mencari gali minyak atau UDA membangunkan sebuah bandar baharu.
continuous croppingtanam berterusanPertanianAgronomi

 Sistem pertanian yang melibatkan penggunaan tanah secara berterusan dengan tanaman semusim, tanpa memberikan tempoh masa rehat yang panjang untuk tanah tersebut. Contohnya, kawasan padi di Kedah, Kelantan dan Selangor, sebidang tanah ditanam dengan tanaman padi, bergilir-gilir dua atau tiga kali setahun dengan masa yang singkat antara penuaian dan penanaman baru. Kaedah ini diamalkan kerana sistem pengairan membolehkan padi ditanam walaupun dalam musim kemarau. Tanpa sistem pengairan, tanah terpaksa dibiarkan kosong atau ditanam dengan tanaman lain dalam musim kemarau. Di Cameron Highland, tanam berterusan diamalkan oleh pengeluar sayur, tetapi jenis sayur ditukar ganti mengikut pusingan untuk mengurangkan masalah perosak dan penyakit sayur-sayuran. Sistem tanaman berterusan memerlukan banyak baja kerana kadar penggunaan nutrien oleh tanaman adalah tinggi dan tempoh masa tidak mencukupi untuk kitaran semula sisa tanaman sebelum tanaman baharu diusahakan.


Kembali ke atas