Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.rut] | باروت

Definisi : kain pembalut (luka dll), kain utk membebat (perut anak yg baru lahir atau ibu yg baru melahirkan anak); ~ kereta kain pembebat anak yg baru lahir atau perempuan yg baru melahirkan anak (yg berupa kain tebal yg berjahit dgn tali-tali utk mengikat perut); ~ panjang kain pembebat perut perempuan yg baru melahirkan anak (dibuat drpd kain yg panjangnya lebih kurang 5 ela); berbarut memakai barut, dibalut dgn barut: sapukan ramuan khas pd seluruh permukaan perut sebelum ~;membarut memakaikan barut, membalut (membebat) dgn barut: ~ perut anaknya;pembarutan perbuatan membarut;pembarut pembalut, pembebat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rut] | باروت

Definisi : Mn; membarut menggosok, mengurap, melumas, menyapu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.rut] | باروت

Definisi : kain yg digunakan utk membalut perut. membarut mengikatkan barut ke perut; membalut perut dgn barut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barut


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
halterbarut gantungKesenianTiadaBarut gantung: Barut yang diikat pada leher sebagai penyangga bahagian hadapan pakaian yang mendedahkan bahagian punggung dan bahu. Biasanya digunakan pada pakaian mandi. Popular pada tahun 1930-an dan dipopularkan semula pada awal tahun 1970-an.
haterbarut gantungPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
crepe bandage binderbarut krep pembalutPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
sundresssundresKesenianTiadaGaun kemban atau gaun barut gantung yang dipadankan dengan jaket sama warna atau kontras.
conspiracykonspirasiSains PolitikPolitik PerbandinganPerancangan sulit yang dilakukan oleh individu atau kelompok tertentu bagi mengatasi dan menewaskan pihak lawan. Perancangan ini dibuat secara rapi sehingga pihak lawan dan masyarakat tidak mengetahui dalang sebenarnya. Konspirasi ini berlaku dalam pelbagai bentuk seperti fitnah, surat layang atau berita palsu yang dilakukan oleh seseorang atau kumpulan tertentu yang merupakan proksi atau tali barut perancang. Selain itu, konspirasi boleh juga berlaku secara kudeta, pembunuhan dan rusuhan yang menggunakan pihak tertentu seperti tentera dan pembunuh upahan, gerila serta kongsi gelap. Contohnya, kempen antikeganasan pentadbiran Bush di Amerika Syarikat merupakan satu bentuk konspirasi untuk menjatuhkan rejim Saddam Hussein di Iraq. Sinonim komplot.

Kembali ke atas